Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Majlis Kahwin Punca Lebih 100 Nyawa Maut, Pengantin Perjelas Selepas 6 Bulan Trauma

Setelah hampir enam bulan mendiamkan diri, pasangan pengantin kini terbuka untuk menceritakan bagaimana kebakaran boleh berlaku sewaktu majlis perkahwinan mereka sehingga mengorbankan lebih 100 nyawa.

Memetik laporan artikel IGV, kebakaran itu berlaku di daerah Al-Hamdaniya di wilayah Nineveh, utara Iraq dan diduga berlaku selepas bunga api dinyalakan.

Foto: Kosmo Digital

Pengantin lelaki, Raven memberitahu, kebakaran yang berlaku mungkin berpunca dari litar pintas namun dirinya juga belum pasti sepenuhnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Raven turut mendakwa berlaku pemadaman elektrik sebelum tarian pertama pengantin pada malam itu, namun setelah itu dia mula menyedari api mula merebak di siling.

“Api bermula di siling dan kami merasai bahang. Apabila saya mendengar bunyi percikan api, saya memandang ke siling dan mula mencair. Ia hanya mengambil masa dalam beberapa saat sahaja.
“Saya terus menyelamatkan isteri saya, saya menyeretnya dan cuba membawanya keluar dari pintu masuk dapur. Waktu itu, orang ramai semuanya melarikan diri, lalu memijaknya sehingga kakinya tercedera,” ujarnya.

Foto: Harian Metro

Pihak berkuasa bagaimanapun mendakwa bangunan itu mempunyai bahan mudah terbakar, yang menyebabkan api merebak dengan pantas. Dia juga percaya proses pemindahan yang huru-hara membawa kepada kehilangan nyawa yang lebih besar.

Terdahulu, Insiden kebakaran pada majlis perkahwinan di daerah Hamdaniya telah mengorbankan lebih 100 orang, manakala lebih 150 lagi cedera disebabkan ‘kecuaian teruk’ dan kekurangan langkah keselamatan, menurut hasil siasatan kerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: IGV

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ramai sebak melihat momen jenazah seorang murid PASTI yang meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan dikelilingi oleh rakan-rakannya yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir. @cikgusalamiahmohdnor...

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mendapati suami berulang kali curang hingga sanggup meninggalkan dirinya dan anak mereka selama beberapa hari demi meluangkan masa dengan...

Lokal

Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun menjadi perhatian warganet kerana tampil bersuara berkenaan isu kemusnahan ladang durian musang king di Sungai Ruan dan...

Sosial

Beberapa individu telah tampil menyatakan bahawa jenama kambing perap terkenal didakwa tidak membayar gaji stafnya sehingga berbulan-bulan. Perkara tersebut dinyatakan oleh satu akaun TikTok...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd