Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

DFC Mohon Maaf, Nafi Bersikap Rasis Kepada Pelanggan

Syarikat Darsa Global Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai DarSa Fried Chicken (DFC) membuat permohonan maaf sekali gus menegaskan restoran mereka tidak bersikap rasis atau perkauman seperti yang didakwa orang ramai di media sosial baru-baru ini.

Menerusi satu laporan MalaysiaKini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Darsa Mohammed Faiz Zuhdi berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan sentimen penggunaan agama, kaum dan politik digunakan bagi menarik pelanggan dalam sesebuah perniagaan.

Foto: MalaysiaKini

“Kami tak rasis. Kami juga ingin menegaskan bahawa DFC menolak sebarang tuduhan yang mengaitkan (restoran) kami dengan isu perkauman atau keagamaan.
“Kami bersetuju bahawa kita tak perlu main sentimen agama, kaum atau politik dan komitmen kami adalah menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi selaras dengan semangat perpaduan serta saling hormat-menghormati yang merupakan asas konsep Malaysia Madani,” katanya.

Beliau juga berkata, pihaknya mengakui kontroversi yang tular di media sosial tersebut berpunca daripada kekhilafan pekerjanya dan pengurusan syarikat yang terlepas pandang isu berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Justeru, sekali lagi pihak kami memohon jutaan maaf dan berterima kasih atas sambutan yang luar biasa ini,” ujar beliau.

Terdahulu, seorang pekerja restoran yang bertugas sebagai pengendali laman Facebook bertindak membalas komen seorang individu yang mengatakan harga yang dikenakan DFC adalah mahal sekali gus mengingatkannya agar tidak “ditipu oleh sentimen buruk yang dimainkan oleh ‘type C’.

Foto: Media Sosial

Susulan itu, DFC telah membuat permohonan maaf di laman rasminya berhubung komen tersebut yang didakwa pengguna media sosial berbaur perkauman, kerana ‘type C’ yang digunakan dipercayai merujuk kepada orang Cina di Malaysia pada 7 Mei lalu.

Sementara itu, Mohammed Faiz turut memberitahu bahawa DFC akan terus mengekalkan imej Islamik dan Bumiputera pada konsep pemasaran mereka, namun tidak bermaksud untuk hanya menumpukan kepada pelanggan berbangsa Melayu tetapi juga semua pihak tidak mengira bangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Buat masa kita akan kekal dengan imej Bumiputera kerana kita nak bangkit sebagai salah satu syarikat yang memperjuangkan ekonomi Bumiputera dan Islam.
“Kita nak lihat agama dan bangsa kita berjaya seperti bangsa lain yang berjaya dalam perniagaan” tambahnya lagi

Beliau juga berkata, polisi DFC hanya menerima pekerja yang beragama Islam sahaja untuk menjadi pekerja yang ditugaskan menjaga kebersihan dan kesucian pengendalian makanan mereka buat masa ini.

Foto: Media Sosial

“Kita bukan tidak menerima bangsa lain tetapi kita memegang konsep halalan toyyiban. Jadi semestinya bila mengendalikan makanan ini bukan sekadar faktor kebersihan tetapi memerlukan kepada kesucian.
“Jadi, buat masa ini kita hanya buka peluang pekerjaan untuk semua bangsa yang beragama Islam,” jelas beliau.

Untuk makluman, DFC merupakan sebuah syarikat milikan tunggal (syarikat milik penuh 100% bumiputera) adalah pengeluar ayam goreng dengan 1001 rahsia rempahnya yang tersendiri yang ditubuhkan pada tahun 2008 dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Sumber: MalaysiaKini (Shamz Johan)

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Dunia

Bekas menteri di Kazakhstan dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun atas kesalahan memukul dan membunuh isterinya pada November tahun lalu. Memetik laporan The Astana Times,...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Lokal

Seorang pgawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan dilaporkan mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan kes bunuh seorang pelajar tingkatan lima yang dibacakan terhadapnya di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd