Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

11,025 Unit Proton Dijual Dalam Pasaran, Catat Pertumbuhan Sebanyak 17.1 Peratus

Syarikat kereta nasional, Proton Holdings Berhad (Proton) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 17.1 peratus pada April 2024 dengan 11,025 unit keretanya dijual dalam pasaran domestik dan eksport berbanding 9,415 unit pada April 2023.

Menurut satu laporan Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah berkata, jualan bagi empat bulan pertama tahun ini meningkat kukuh kepada 50,175 unit berbanding 49,702 unit yang dijual dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

Foto: Proton Website

“Jumlah volum industri (TIV) untuk pasaran automotif Malaysia dianggarkan meningkat kepada 59,100 unit dengan jumlah kumulatif 261,345 unit bagi tahun ini.
“Jualan automotif pada April 2024 merosot, dengan TIV menyusut sebanyak 16.8 peratus berbanding Mac 2024, dan boleh dikaitkan dengan tempoh cuti yang panjang kerana pengeluar peralatan tulen, pengedar dan pengusaha dalam ekosistem automotif tempatan mengambil cuti untuk menyambut Hari Raya,” katanya.

Beliau berkata, usaha berterusan Proton dalam penambahbaikan kualiti dengan skor Audit Produk Pelanggan Global (GCPA) yang lebih baik sejak 2019 sehingga mampu menanam keyakinan yang lebih tinggi dalam kalangan pemandu dan mendorong permintaan model Proton secara berterusan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jumlah jualan eksport Proton melonjak 38.5 peratus kepada 835 unit berbanding 603 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun lepas, dengan model Proton Saga mendahului apabila sebanyak 427 unit dijual sejak awal tahun.

Foto: Proton Website

“Model Proton X50 menduduki tempat kedua dengan 176 unit terjual, manakala model Proton S70 merekodkan 89 unit dalam pasaran eksport tunggalnya di Brunei untuk empat bulan pertama 2024,” ujarnya.

Roslan turut berkata, jualan eksport merupakan tonggak penting bagi matlamat jangka panjang dengan meningkatkan jualan model Proton S70 dalam pasaran domestik dan eksport untuk mencapai pertumbuhan eksport yang mampan sekali gus meningkatkan jualan eksport kepada jumlah jualan tahunannya pada tahun ini.

“Tahun ini, kami telah menambah Trinidad dan Tobago ke dalam portfolio eksport kami dan mengukuhkan semula kedudukan kami di Bangladesh.
“Proton yakin pasaran meningkat semula kerana masih terdapat banyak permintaan daripada pembeli kereta,” tambahnya lagi.

Foto: Proton Website

Sementara itu, beliau memaklumkan Proton X50 mendahului jualan bagi kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen B dengan 1,642 unit terjual pada April, manakala Proton S70 mendahului sedan segmen C apabila 1,635 unit terjual pada April dengan jualan kumulatif sebanyak 7,463 unit sejak awal tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Model Proton Saga pula mencatatkan jualan 5,031 unit dengan jualan awal tahun meningkat 8.8 peratus kepada 23,278 unit pada April, sedangkan jualan untuk Proton X70 ialah pada 552 unit, Proton Persona dan Proton X90 masing-masing mencatatkan jualan sebanyak 1,429 unit dan 312 unit.

Proton Iriz yang merupakan hatchback segmen B Proton dilaporkan jumlah jualannya meningkat kepada 424 unit pada April, menjadikan jumlah jualan setakat ini sebanyak 1,958 unit.

Sumber: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd