Connect with us

Infozon

Ini Rupanya Terjadi Sekiranya Kereta Disambar Kilat

Kilat  merupakan sebuah fenomena yang tidak asing lagi di negara kita. Berbeza dengan fenomena alam yang lain seperti puting beliung yang jarang sekali berlaku di negara ini, kejadian kilat berlaku hampir setiap hari di seluruh Malaysia.

Namun pernah tak anda terfikir apakah yang akan terjadi sekiranya kereta anda dipanah kilat?

Meskipun jarang sekali berlaku, namun ianya adalah tidak mustahil untuk kereta anda dipanah kilat semasa kejadian ribut petir seperti apa yang terjadi kepada kereta Audi di bawah ini.

Kereta Audi yang diletakkan di bahu jalan di bandar Daugavpils di Latvia ini telah mengalami kerosakan yang serius setelah ianya disambar kilat semasa kejadian ribut petir.

Selain itu, sebuah rakaman insiden yang serupa dikatakan telah berlaku di Russia ini telah dirakamkan menerusi dashcam milik kenderaan lain yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Meskipun kenderaan itu mengalami kerosakan, namun pemandu itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Di dalam insiden yang berlainan, sebuah kenderaan yang sedang bergerak di atas sebuah jalan semasa ribut petir juga telah dirakamkan mengalami kerosakan akibat dipanah kilat.

 

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending