Connect with us

WTF

Gara-Gara Berkokok Waktu Pagi, Ayam Jantan Disaman Jiran

Bunyi ayam jantan berkokok pada waktu pagi adalah perkara yang biasa kita akan dengan setiap hari kerana ia menandakan bahawa matahari sudah pun terbit.

Ada kisah yang terjadi di Paris apabila seekor ayam jantan bernama Maurice telah disaman oleh sepasang suami isteri di kawasan kejiranan tuannya.

Ayam jantan terbabit memang dikenali oleh penduduk di kawasan Saint-Pierre-d’Oleron, Paris kerana kokokannya setiap pagi seperti jam loceng yang mengejutkan penduduk di situ.

Menurut sumber, Maurice disaman kerana telah membuat pencemaran bunyi sehingga mengganggu ketenteraman Jean-Louis Biron dan Joelle Andrieux ketika mereka sedang tidur.

“Tak masuk akal kalau mereka mahu ianya berhenti berkokok kerana ia adalah sebahagian daripada hidup masyarakat luar bandar.”

Corinne bersama ayam kesayangannya…

Pasangan tersebut sebelum ini telah membina sebuah pusat hiburan di kawasan terbabit yang beroperasi 15 tahun lepas.

Selepas itu, mereka memutuskan untuk menutup perniagaan itu dan menjadikan sebagai rumah persendirian. Corinne Fesseau, pemilik kepada ayam jantan terbabit sudah 35 tahun menetap di kampung itu.

Sebab mengapa mereka memilih kawasan itu kerana ketenangan, namun timbul masalah apabila kehadiran Maurice.

Sejak menerima keluhan daripada pasangan Jean dan Joelle itu telah bermulanya perang dingin di antara mereka bertiga, dan ianya dipanjangkan sehingga membawa kepada perbalahan mengenai perundangan dan sebagainya.

Bagaimanapun, pasangan terbabit dilaporkan tidak hadir ke mahkamah ketika waktu perbicaraan pada hari berkenaan. Kes masih lagi dilanjutkan sehingga mahkamah mengeluarkan keputusan pada September depan.

Sumber: BBC

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending