Connect with us

Infozon

Dugaan Disebalik Pembelajaran Atas Talian, Bukti Cikgu Tak Makan Gaji Buta

Semenjak wabak pandemik COVID-19 melanda dunia, ramai yang dilihat begitu terjejas dengan bencana yang mendatang ini. Bukan itu sahaja, punca mata pencarian rezeki juga turut terjajas bahkan ramai yang terpaksa diberhentikan kerja ekoran ekonomi negara dilihat merudum ketika itu.

Bukan sahaja sektor ekonomi, malah sektor pendidikan disemua peringkat juga turut terkena tempias dengan virus yang menular ini. Pembelajaran terpaksa juga diteruskan menerusi atas talian dengan menggunakan telefon pintar ataupun komputer riba yang dimiliki.

“Korang kata cikgu2 makan gaji buta…”

Di Twitter, seorang wanita meluahkan kekesalannya kerana dilihat terkesan dengan kenyataan bahawa para pendidik hanya duduk makan gaji buta tanpa melaksanakan tugas mereka sebagai warga pendidik sepanjang PKP terlaksana.

Perkara ini juga turut dilihat berlegar-legar di media sosial sekali gus menjadi perbincangan hangat orang ramai.

Berkhidmat sahaja dengan ikhlas…

Sudah tentunya, kenyataan ini juga mendapat pertikaian dan pendapat tersendiri dari kalangan pengguna Twitter

Mengajar tanpa henti selagi terdaya

Walaupun mengajar melalui atas talian, sebenarnya cara seperti ini lebih mencabar dari pembelajaran dalam kelas. Tidak semua murid atau pelajar mampu memberikan tumpuan sepenuhnya melalui pembelajaran atas talian, selain banyak kekangan yang terjadi sewaktu di rumah.

 

Jadi, setiap orang disarankan untuk menghormati setiap pekerjaan yang ada kerana pastinya mempunyai kepayahan yang perlu dilalui.

Sumber: Twitter. 

Continue Reading
Advertisement

Trending