Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Buat Kali Ke-15, AirAsia Menang Anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia

AirAsia sekali lagi melakar kecemerlangan apabila memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan menerima gelaran Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik di Asia dalam Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2024.

Menurut satu laporan Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Seri Tony Fernandes berkata, AirAsia berusaha mentakrifkan semula dan mendemokrasikan akses kepada perjalanan udara, mengubahnya menjadi syarikat penerbangan keempat terbesar di Asia yang kini mempunyai lebih 200 pesawat dan 21,000 kakitangan.

Foto: Bernama

“Dipacu oleh tujuan mentakrifkan semula perjalanan udara di ASEAN dengan menyediakan kemampuan, keterangkuman dan kebolehcapaian, AirAsia adalah antara syarikat penerbangan terkemuka di rantau ini yang mengutamakan ketersambungan dan aktiviti pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2024 di Fairmont Windsor Park, London.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tony juga berkata, syarikat penerbangan itu terus menambah baik perkhidmatan pelanggan mereka hasil daripada penambahbaikan yang dilakukan secara berterusan dalam urusan tempahan dan perjalanan serta perkhidmatan sampingan yang inovatif.

“Selain itu, pengaktifan semula armada (pesawat) kami yang sedang berjalan dan penghantaran pesawat baharu dalam beberapa bulan akan datang akan membolehkan AirAsia meneroka destinasi baharu yang berpotensi menambah laluan penerbangan merentasi Afrika dan Eropah.
“Kami juga menyedari cabaran dihadapi ketika membina (memulih) semula syarikat penerbangan ini daripada krisis terburuk dalam sejarah penerbangan tetapi hari ini kami bangkit semula dengan lebih kuat. Perjalanan udara kembali aktif, “the sky is the limit” (meneroka pelbagai peluang) dan kami bekerja keras untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya,” ujarnya.

Foto: dewanekonomi.jendeladbp.my

Beliau turut memaklumkan bahawa pencapaian tersebut diperoleh kerana kakitangan dan pelanggan mereka terdiri daripada 21,000 pekerja dan 800 juta penumpang yang terus menyokong AirAsia walaupun menghadapi banyak cabaran sejak beberapa tahun lepas.

“AirAsia terus menawarkan destinasi syarikat penerbangan lain tidak sediakan, kami masih menawarkan tambang terendah walaupun harga meningkat tetapi dengan menyediakan perkhidmatan terbaik,” tambahnya.

Untuk makluman, AirAsia telah memenangi anugerah tersebut untuk kali kelima belas secara berturut-turut dalam segmen syarikat penerbangan tambang rendah di peringkat global yang ditentukan oleh jutaan pengembara antarabangsa dengan keputusan anugerah akhir melibatkan lebih daripada 325 syarikat penerbangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama (Kisho Kumari Sucedaram)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Sosial

Baru-baru ini tular di media sosial, seoarang warga emas mengusap air mata menerima bantuan daripada seorang pemuda setelah berdepan detik cemas kehabisan minyak motor...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd