Connect with us

WTF

Berang Nama Tak Disebut Dalam Anugerah, Punca Suami ‘Youtuber’ Naik Minyak?

Sedang hangat diperkatakan hari ini mengenai suami kepada YouTuber terkenal Malaysia ditahan oleh pihak polis kerana disyaki mencederakan isterinya menggunakan senjata berbahaya di luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada hari semalam.

Suspek dipercayai mabuk telah membawa senjata sabit ke hospital bagi mencari isteri dan adik iparnya berkaitan satu masalah keluarga. Kejadian dikatakan berpunca daripada perselisihan faham antara pasangan tersebut dan berang namanya tidak disebut isteri ketika menerima anugerah penghargaan isnin lalu.

Menurut laporan Berita Harian, sumber menyaakan kejadian itu dikatakan menjadi antara punca pasangan terbabit bertengkar ketika mereka berada di parkir HRBP. Malangnya, pertengkaran itu berlarut dan suspek kemudiannya pergi ke hospital untuk mencari  adik isterinya.

Suspek juga dipercayai mabuk bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan adik iparnya dan bertindak memukul isterinya.

“Pada 5.54 petang hari sama, pengawal keselamatan menerima laporan daripada seorang jururawat yang mendakwa terlihat seorang lelaki mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan,” Jelas sumber.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan tangkapan lelaki berkenaan yang kini dalam tahanan reman dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber: Zahratulhayat Mat Arif( Berita Harian)

Continue Reading
Advertisement

Trending