Connect with us

WTF

Berang Hajat Tak Dituruti, Penagih Dadah Tampar & Pukul Ibu Berkali2

Hidup pastinya bakal hancur jika terjerumus dalam kancah dadah. Bukan sahaja mampu merosakkan hidup seseorang, bahkan golongan ini mampu membahayakan nyawa orang sekeliling mereka tanpa disedari.

Senario ini terpaksa dihadapi oleh seorang ibu yang berusia 56 tahun apabila anaknya sendiri bertindak menampar dan memukul dirinya gara-gara keinginan tak dituruti kira-kira jam 5 petang.

Anak lelakinya yang juga merupakan seorang penagih dadah dikatakan mengamuk selepas hajatnya untuk memiliki sebuah motosikal baru tidak dipenuhi. Dia yang berusia 28 tahun kemudiannya bertindak menampar ibunya yang bekerja sebagai pereka dalaman berkali-kali.

Bahkan ibunya juga turut diugut, dipukul dan diseret di lantai oleh anaknya sendiri. Dia yang ditidak bekerja sebelum ini pernah meminta ibunya sejumlah wang untuk membeli sebuah motosikal baru.

“Mangsa (si ibu) bagaimanapun memaklumkan tidak memiliki wang menyebabkan suspek menuduh mangsa berbohong dan bertindak menampar muka dan memukulnya pada bahagian kepala, kaki dan tangan.” Jelas Ketua Polis Daerah Kangar.

Selepas bertindak memukul serta mengugut ibu sendiri, si anak turut mengeluar kata-kata berbaur kesat seperti ‘mampus hang’!

Si ibu kemudiaanya  mendapat rawatan di hospital dan laporan perubatan mengesahkan wanita terbabit mengalami kecederaan akibat perbuatan anaknya.

Sumber: Berita Harian.

Continue Reading
Advertisement

Trending