Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Bakar Anak Kucing, Remaja 13 Tahun Mengaku Bersalah

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas satu pertuduhan cubaan membakar anak kucing di sebuah flat di Hulu Langat pada minggu lalu.

Memetik laporan Harian Metro, pesalah juvana itu membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz.

Remaja 13 tahun mengaku bersalah bakar anak kucing

Foto: Kosmo Digital

Menurut pertuduhan, anak tunggal itu didakwa secara kejam menyebabkan kesakitan kepada seekor kucing dengan membakarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Remaja lelaki itu melakukan kesalahan tersebut di sebuah pangsapuri di Kajang bersama dua lagi yang masih bebas sehingga kini pada 22 April lalu.

Sementara itu, dia didakwa mengikut 29 (1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Artikel lain: Tayar Jentolak Meletup, Pekerja Bengkel Maut Manakala Rakan Cedera Parah

Sekiranya disabitkan kesalahan, pesalah juvana itu boleh didenda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Pendakwa Raya Nurul Afiqah Abdul Ghaffar memohon jaminan RM10,000 berikutan kesalahan itu membabitkan penganiayaan haiwan dan berkepentingan awam.

Bagaimanapun, ibu pesalah juvana yang berusia 30 tahun itu telah membuat rayuan memohon ikat jamin dikurangkan berikutan hanya berpendapatan RM1,500 sebulan sebagai pekerja kilang disamping berstatus ibu tunggal.

Foto: Berita Harian

Nik Siti Norazlini kemudian membenarkan jaminan dikurangkan kepada RM1,000 dengan seorang penjamin selepas mendengar hujah kedua-dua pihak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut menetapkan 27 Jun ini sebagai tarikh mendapatkan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum menjatuhkan hukuman.

Terdahulu, tular satu video memaparkan tiga orang lelaki sedang melepak di tapak parkir motosikal di flat berkenaan.

Pada video itu, kelihatan dua daripada mereka menyimbah bahan yang dipercayai bahan bakar ke atas anak kucing yang dianggarkan berusia enam minggu sebelum salah seorang menyalakan api.

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily ambil tindakan tatatertib terhadap individu yang bertanggungjawab berhubung kesilapan melibatkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap tanpa simbol bulan...

Dunia

“Melayu tiada duit beli barangan China.” Itulah sindiran tajam yang dilemparkan oleh pengulas politik konservatif Amerika Syarikat, Bill O’Reilly, ketika memperlekeh lawatan rasmi Presiden...

Sosial

Tular satu video di media sosial seorang pengulas politik Amerika Syarikat (AS) memperlekehkan Malaysia sebagai sebuah negara yang miskin menyebabkan berlakuknya ketidakpuasan dalam kalangan...

Lokal

Prasarana Malaysia tarik balik iklan yang mencetuskan perhatian ramai dan tampil memberi penjelasan berhubung visual dalam salah sebuah tren Rapid KL, baru-baru ini. Dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd