Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Pengarah Bomba Nafi Beri Zailah Izin Guna Air Pili Bomba Edar Kepada Penduduk

Baru-baru ini, ahli parlimen  Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff dituduh ‘mencuri’ air di pili bomba untuk disalurkan bagi kegunaan penduduk kawasan tersebut.

Dakwa sudah dapat kebenaran

Walau bagaimanapun, menerusi Facebook ahli parlimen berkenaan, beliau menafikan hal tersebut dan menyatakan yang pihaknya sudahpun mendapatkan kebenaran daripada pihak bomba.

Nafi beri kebenaran guna air pili bomba

Walau bagaimanapun, memetik laporan dari Malaysiakini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Zainal Madasin menafikan ada memberi kebenaran kepada pihak ahli parlimen berkenaan untuk mengambil air di pili berkenaan.

“Pihak kami tidak terima sebarang permohonan daripada YB untuk ambil air daripada pili bomba. Terus terang saya cakap. Tak ada surat, tak ada satu perkataan untuk minta kebenaran kepada kami.
“Saya juga hubungi Pengerusi Besar AKSB (Nazmi Ghazali Azmin dan beliau maklumkan pihaknya juga tiada terima permohonan daripada YB,” katanya.

Setakat ini, pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung isu tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, tular beberapa perkongsian ahli parlimen PAS itu pada bulan April yang memaparkan tindakannya yang aktif mengusahakan bekalan air bersih bagi kegunaan penduduk.

Ini termasuk gambar yang dimuat naik menunjukkan sebuah lori sedang mengambil air daripada pili bomba sambil diperhatikan ahli parlimen berkenaan.

Sumber: Facebook Siti Zailah Mohd Yusoff, Malaysiakini (Mukhriz Hazim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Lokal

Kerajaan Negeri Sarawak dakwa Petronas Carigali Sdm. Bhd (PCSB), anak syarikat Petronas telah melakukan pelanggaran atau ketidakpatuhan terhadap Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas (DGO)...

Filem

Ejen Ali The Movie 2 bakal membawa penonton ke dunia penuh aksi dan ketegangan setelah pelancaran treler rasmi keduanya pada hari ini. Ejen Ali...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd