Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Kes SRC: Mahkamah Persekutuan Majoriti 4-1 Tolak Permohonan, Najib Kembali Ke Penjara

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dengan keputusan majoriti 4-1 hari ini susulan semakan semula sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumla RM42 juta.

Menurut laporan Berita Harian, keputusan tersebut telah dibacakan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat.

Umum sedia maklum bahawa bekas pemimpin yang berusia 69 tahun itu kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di penjara Kajang memohon agar membatalkan keputusan yang diambil oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, mahkamah memaklumkan tidak ada berlaku kegagalan dalam proses keadilan ketika pendengaran prosiding rayuan akhir kes pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC International berjumlah RM42 juta tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelas beliau lagi, ketika pendengaran rayuan terbabit, hak Najib untuk mendapat keadilan sama sekali tidak pernah dinafikan namun, rayuan tersebut terpaksa ditolak selepas peguam Najib enggan untuk membuat penghujahan lisan.

“Mahkamah mendapati permohonan Najib untuk dibenarkan menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonannya untuk memasukkan bukti baharu berhubung pembabitan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali tidak dapat dipertahankan.
“Berhubung permohonan kebenaran untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak untuk menangguhkan prosiding rayuan utama, kami dapati peguam diberi hak untuk didengar tetapi enggan berhujah, dalam keadaan itu kami tidak dapati mereka tidak dinafikan hak untuk didengar sekali gus menyebabkan ketidakadilan kepada pemohon.
“Kami juga dapati panel Mahkamah Persekutuan tahun lalu membuat keputusan yang betul apabila menolak permohonan pemohon supaya Tengku Maimun menarik diri daripada mengetuai panel, kami dapati tiada asas bagi membuat semakan terhadap keputusan itu,” katanya.

Sumber: Berita Harian (Ahmad Johari Mohd Ali)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Filem

Ejen Ali The Movie 2 bakal membawa penonton ke dunia penuh aksi dan ketegangan setelah pelancaran treler rasmi keduanya pada hari ini. Ejen Ali...

Bisnes

Apple  mengumumkan laporan kewangan terbaharu mereka dengan mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 5%. Namun, syarikat teknologi gergasi itu turut menjangkakan cabaran besar bakal tiba apabila...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd