Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mangsa Rempuhan MPV Di Restoran Makanan Segera Meninggal Dunia Di Hospital

Seorang wanita warga emas yang parah dalam insiden rempuhan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Volvo di sebuah restoran makanan segera di Sitiawan malam kelmarin telah meninggal dunia.

Menurut laporan Kosmo!, kenalan keluarga mangsa yang dikenali sebagai Mei, wanita berusia lingkungan 70-an itu menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seri Manjung (HSM) kira-kira pukul 11 malam semalam.

Foto: Media Sosial

“Dia dibawa ke HSM sejurus kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 9 malam, namun meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital,” katanya

Sebelum ni tular sebuah MPV dipercayai hilang kawalan lalu merempuh masuk ke dalam restoran tersebut di Sitiawan menyebabkan wanita tersebut tersepit di bawah kendeeraan.

Foto: Kosmo!

Orang ramai yang berada di tempat kejadian bertindak pantas membantu mengeluarkan mangsa sebelum pihak berkuasa tiba.

Dalam kenyataan yag dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam (APM), selain mangsa warga emas, lima lagi individu turut mengalami kecederaan dalam kejadian itu dan mereka terdiri daripada empat orang dewasa, tiga lelaki dan seorang wanita serta seorang kanak-kanak perempuan.

Sumber: Kosmo! (Luqman Ridhwan Mohamed Nor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd