Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Suara Didengari, Pasport Ahmad Zahid Dikembalikan Secara Kekal

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjaya memperoleh semula pasport antarabangsa dan diplomatik miliknya secara kekal. Khabar gembira itu membolehkan beliau menjalankan tugas rasmi kerajaan di luar negara.

Beliau memperoleh semula pasport secara kekal selepas tiga panel hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hanipah Farikullah membenarkan Ahmad Zahid selepas berpuas hati dengan permohonan yang mempunyai merit.

“Mahkamah telah meneliti afidavit dan hujahan bertulis dikemukakan pemohon (Ahmad Zahid). Perintah yang dipohon dibenarkan oleh mahkamah,” kata Hanipah yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Lim Chong Fong.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob memaklumkan pihak mahkamah tidak membantah permohonan yang difailkan oleh Ahmad Zahid menerusi peguamnya Datuk Hisyam Teh Poh Teik pada 3 Februari lalu di Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan hanya membenarkan pelepasan sementara pasport kepada Ahmad Zahid.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Makna kata, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk perlu menyerahkan semula pasport diplomatik kepada mahkamah setelah segala urusannya selesai.

Sebelum ini juga, pasport beliau diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan tambahaan selepas didakwa atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi yang kini dalam peringkat pembelaan.

Sumber: Harian Metro 

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Filem

Ejen Ali The Movie 2 bakal membawa penonton ke dunia penuh aksi dan ketegangan setelah pelancaran treler rasmi keduanya pada hari ini. Ejen Ali...

Bisnes

Apple  mengumumkan laporan kewangan terbaharu mereka dengan mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 5%. Namun, syarikat teknologi gergasi itu turut menjangkakan cabaran besar bakal tiba apabila...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd