Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Gagal Potong Kereta, Pemandu Motosikal Maut Bertembung Treler

Malang tidak berbau, seorang lelaki dilaporkan maut selepas motosikal ditungganinya dipercayai gagal memotong sebuah kereta sebelum bertembung dengan treler.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9.40 pagi di Kilometer 17, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Renok Baru, di sini, hari ini.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa dikenali Khalid Mohamud, 47, menunggang motosikal jenis Honda RS150 meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Sik Choon Foo berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke tempat kerja di kawasan pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) berhampiran Sungai Asap B.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setibanya di lokasi kejadian, mangsa cuba memotong sebuah kereta di hadapannya, malangnya gagal sebelum bertembung dengan sebuah treler jenis Volvo yang datang dari arah bertentangan.

“Treler berkenaan telah membrek sejauh 17 meter dan cuba mengelak ke kanan, namun mangsa telah melanggar bahagian tayar belakang sebelah kiri,”ujarnya.

Disebabkan itu, mangsa yang juga bekerja sebagai buruh binaan tercampak ke atas jalan sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Bahagian Forensi Hospital Gua Musang untuk pengendalian bedah siasat.

Sementara itu, pemandu treler berusia 57 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan hasil ujian air kencing didapati negatif dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Lokal

Kerajaan Negeri Sarawak dakwa Petronas Carigali Sdm. Bhd (PCSB), anak syarikat Petronas telah melakukan pelanggaran atau ketidakpatuhan terhadap Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas (DGO)...

Filem

Ejen Ali The Movie 2 bakal membawa penonton ke dunia penuh aksi dan ketegangan setelah pelancaran treler rasmi keduanya pada hari ini. Ejen Ali...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd