Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Remaja 15 Tahun Mengaku Bersalah Rogol Adik Sampai Lahirkan Anak

Remaja lelaki yang berusia 15 tahun didakwa di Mahkamah Majistret hari ini dengan dua pertuduhan iaitu merogol adik kandungnya sendiri sehingga mengandung pada tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, difahamkan mangsa dirogol pada Jun dan September 2022 dan abangnya telah didakwa mengikut Seksyen 376B ( 1) Kanun Keseksaan.

 

Bukan itu sahaja, mengikut pertuduhan pertama, remaja lelaki terbabit telah melakukan persetubuhan dengan adiknya yang berusia 14 tahun antara jam 11 malam hingga 12 tengah malam, di antara 21 Jun 2022 hingga 30 Jun 2022 yang bermaksud ia melanggar undang-undang dan hukum agama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan adiknya antara 11 malam hingga 12 tengah malam di antara 1 September 2022 hingga 10 September 2022.

Apa yang lebih mengejutkan, persetubuhan yang dilakukan telah menyebabkan adiknya hamil kemudian melahirkan bayi cukup sifat pada 16 Februari lalu dengan bantuan ibunya.

Susulan itu, remaja lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Malah, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dan perlu melapor diri ke balas pada setiap 1 hari bulan sehingga kes selesai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tertuduh juga tidak boleh mendekati dan perlu tinggal berasingan dengan mangsa. Mahkamah akan menetapkan semula sebulan kes pada 22 Mac ini.

Sumber: Harian Metro (Abnor Hamizam Abd Manap)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Lokal

Kerajaan Negeri Sarawak dakwa Petronas Carigali Sdm. Bhd (PCSB), anak syarikat Petronas telah melakukan pelanggaran atau ketidakpatuhan terhadap Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas (DGO)...

Filem

Ejen Ali The Movie 2 bakal membawa penonton ke dunia penuh aksi dan ketegangan setelah pelancaran treler rasmi keduanya pada hari ini. Ejen Ali...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd