Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

‘Benam’ Argentina di Piala Dunia, Pemain Arab Saudi Bakal Terima Rolls Royces Phantom

Kemenangan 2-1 pasukan Arab Saudi menumpaskan pasukan pilihan, Argentina di FIFA Piala Dunia Qatar 2022 tempoh hari sememangnya mengejutkan peminat bolasepak dunia.

Mana tidaknya, pasukan yang dianggap ‘underdog’ itu berjaya membuktikan bahawa mereka berhak berada di atas pasukan yang terdiri daripada pemain bintang seperti Lionel Messi.

Sorang satu dapat kereta mewah

Disebabkan itu, kerajaan Arab Saudi telah memberikan cuti peristiwa selama satu hari buat rakyatnya sempena meraikan kemenangan tersebut memandangkan berjaya menewaskan Argentina yang biasa menjejakkan kaki ke pentas final.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian di Twitter, ada dakwaan mengatakan yang Putera Mahkota Arab Saudi, Mohmammed bin Salman Al Saud akan menghadiahkan sebuah kenderaan mewah jenis Rolls Royces Phantom bernilai RM2.5 juta kepada setiap pemain sebagai ganjaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jepun juga benam pasukan bintang

Selain daripada kemenangan Arab Saudi, kejayaan pasukan Jepun yang menewaskan pasukan Jerman juga telah mengejutkan ramai sehingga membuatkan stadium Antarabangsa Khalifa bergema kerana tidak menyangka dua pasukan bintang kini ‘layu’ di tangan dua negara yang dianggap ‘underdog’ pada saingan FIFA Piala Dunia Qatar tahun ini.

 

Sumber: Twitter @DrAwab, @Suhelseth

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

 

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Filem

Ejen Ali The Movie 2 bakal membawa penonton ke dunia penuh aksi dan ketegangan setelah pelancaran treler rasmi keduanya pada hari ini. Ejen Ali...

Bisnes

Apple  mengumumkan laporan kewangan terbaharu mereka dengan mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 5%. Namun, syarikat teknologi gergasi itu turut menjangkakan cabaran besar bakal tiba apabila...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd