Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Sukar Hamil Sebab Ubat Bipolar, Selena Gomez Tak Putus Asa -“Pasti ada kaedah lain”

Pelakon dan penyanyi terkenal, Selena Gomez mendedahkan dia mengalami masalah untuk mendapatkan cahaya mata disebabkan ubat bipolar yang pernah dimakannya sebelum ini.

Ujarnya, dia mengambil ubat tersebut kerana mengalami gangguan mental sejak 2020 dan masih bergantung terhadap ubat itu meskipun selepas dua tahun.

Jelasnya lagi, daripada awal Selena sudah mengetahui pengambilan ubat itu akan memberi kesan negatif dimana doktor memaklumkan dia akan menghadapi masalah kesukaran untuk hamil.

“Saya telah mengambil ubat bipolar kerana mengalami gangguan mental sejak 2020. Selepas dua tahun, saya masih bergantung dengan ubat tersebut.
“Kesannya, doktor memberi amaran bahawa saya berkemungkinan besar akan mengalami masalah kesukaran untuk hamil,” katanya.

Namun begitu, penyanyi yang berusia 30 tahun itu masih tidak berputus asa untuk mendapatkan zuriat dan percaya ada peluang serta kaedah lain untuk memiliki cahaya mata pertamanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tidak akan patah semangat. Dunia semakin moden. Pasti akan ada kaedah lain untuk saya memiliki cahaya mata nanti,” katanya.

Sumber: Insider

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Lokal

Kerajaan Negeri Sarawak dakwa Petronas Carigali Sdm. Bhd (PCSB), anak syarikat Petronas telah melakukan pelanggaran atau ketidakpatuhan terhadap Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas (DGO)...

Filem

Ejen Ali The Movie 2 bakal membawa penonton ke dunia penuh aksi dan ketegangan setelah pelancaran treler rasmi keduanya pada hari ini. Ejen Ali...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd