Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tengkorak Lengkap Berpakaian Ditemui Dalam Bilik Kuarters Terbiar Di Sabah

Rangka manusia lengkap berpakaian telah ditemui dalam bilik di sebuah kuarters guru terbiar yang terletak di Beaufort, Sabah, semalam.

Memetik laporan Sinar Harian, rangka manusia termasuk tengkorak telah ditemui oleh dua orang tukang cuci pada jam 8.53 pagi.

Foto: Sinar Harian

Pemangku Ketua Polis Daerah Beaufort, Asisten Superintenden Weddrin Mojingkin menyatakan rangka yang lengkap berpakaian itu ditemui dalam keadaan terlentang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siasatan bertempat di bangunan yang dikatakan telah terbiar sejak lima tahun lalu mendapati bahagian kepala tengkorak berkenaan telah terpisah dengan badan dan berada di sisi mayat terbabit.

“Hasil siasatan di lokasi mendapati rangka manusia itu dalam keadaan terlentang, lengkap berpakaian dan seluar namun badan terpisah dengan tengkorak kepala yang mana tengkorak kepala berada di kedudukan sisi badan mayat,” katanya.

Dalam kenyataannya, beliau menyatakan bahawa tempoh kematian dianggarkan sudah lama memandangkan keadaan mayat tersebut yang hanya tinggal tulang rangka sahaja.

“Tempoh kematian dianggarkan sudah lama berdasarkan keadaan mayat yang hanya tinggal tulang rangka sahaja,” ujarnya.

Memandangkan identiti mayat belum dapat dipastikan serta tiada sebarang jenayah dikesan, namun Weddrin menjelaskan bahawa pihak polis telah membuka kertas siasatan sekali gus menyifatkan kes tersebut sebagai kematian mengejut.

Weddrin menambah, rangka tersebut telah dihantar ke Hospital Beaufort untuk dibedah siasat bagi mengesahkan identiti mangsa dan punca kematiannya.

Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin)

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Filem

Pengarah filem Menjelang Ajal, Hadrah Daeng Ratu memberitahu filem yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 15 Mei ini adalah diilhamkan daripada kisah benar yang...

Lokal

Seorang jurukimpal dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun beserta satu sebatan selepas mengaku bersalah atas dakwaan merogol kanak-kanak perempuan di Bachok, Kelantan dua minggu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd