Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Elon Musk Lancar Satelit Starlink Di Indonesia, Sediakan Perkhidmatan Internet Di Kawasan Terpencil

Bilionair Elon Musk telah lancar perkhidmatan internet satelit SpaceX, Starlink di Indonesia pada Ahad bagi meningkatkan sambungan jaringan di kawasan terpencil.

Memetik laporan CNBC, pengasas SpaceX itu berkata beliau “sangat teruja” untuk membawa perkhidmatan internet ke kawasan yang mempunyai jaringan internet yang lemah.

Elon Musk lancar satelit Starlink di Indonesia

Musk turut menekankan bahawa jaringan internet itu boleh menjadi “penyelamat nyawa untuk klinik-klinik perubatan di kawasan terpencil.”

“Ia penting untuk saya tekankan kepentingan sambungan internet dalam mengubah kehidupan seseorang dan bagaimana ia boleh menyelamatkan nyawa,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Informasi, Budi Arie Setiadi berkata Starlink akan membantu Indonesia meluaskan akses internet ke kawasan yang tidak diliputi oleh penyedia internet tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Tesla Mula Jual Robot Optimus Hujung Tahun Depan – Elon Musk

Indonesia mempunyai kepulauan yang terbesar di dunia dengan lebih daripada 17,000 pulau yang mana jutaan orang yang tinggal di kawasan luar bandar mempunyai akses terhad atau tiada akses kepada perkhidmatan internet.

Sementara itu, Budie Arie juga menafikan kemasukan Starlink ke Indonesia akan membawa kerugian kepada penyedia internat tempatan.

Disamping itu, Musk juga berkata dengan adanya sambungan internet yang lebih meluas, ia akan memudahkan rakyat Indonesia untuk mempelajari perkara baru.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jika anda tidak mempunyai sambungan internet, sukar untuk belajar. Selain itu, jika anda mempunyai barangan dan perkhidmatan yang mahu anda pasarkan kepada dunia walaupun berada di kawasan terpencil, anda dapat melakukannya menggunakan internet,” jelas Musk.

Elon Musk Lancar Starlink Indonesia

Bagaimanapun, Musk yang juga merupakan pemilik Tesla berkata buat masa sekarang dia mahu memberikan tumpuan kepada Starlink terlebih dahulu sebelum meluaskan pasarannya di Indonesia.

“Ada kemungkinan syarikat-syarikat saya akan melabur dengan lebih banyak di Indonesia,” ujar Musk.

Sumber: CNBC

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Sosial

Pendakwah dan usahawan, Mohd Firdaus Mat Akhir, 37, membuat permohonan maaf selepas aksinya di sebuah majlis ilmu dikecam netizen kerana dilihat berlebihan dan tidak...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd