Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Kempen Dan Dakyah Islam PAS Cenderung Cetuskan Tindakan Ekstremis – Khalid

Kempen politik serta dakyah Islam yang disampaikan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dianggap cenderung untuk menimbulkan tindakan ekstremis agama kepada orang ramai.

Pengerusi Parti Amanah Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, namun beliau menyokong tindakan PAS yang membela Ahli Parlimen Seputeh iaitu Teresa Kok berhubung ugutan bunuh baru-baru ini serta menyeru agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas untuk mencegah daripada berleluasa.

Foto : The Star

Bagaimanapun, Khalid menegaskan bahawa parti terbabit perlu cakna terhadap tindakan mereka ketika mengadakan kempen berunsurkan kebencian dan dakyah Islam terancam itu merupakan propaganda yang menimbulkan ekstremisme agama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

https://www.facebook.com/AmanahWilayahPersekutuan/posts/pfbid0NPSZ6hqo1LGUH3En2riy5X1XDdVW2n98jPBbhWujWLrbtHKxY2hoWHBzbxE6e7Jcl

“Amanah WP berharap agar siasatan segera dapat dibuat dan tindakan tegas diambil oleh pihak Polis Diraja Malaysia tanpa sebarang kompromi terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dalam ugutan jenayah seperti ini atau apa sahaja perlakuan yang boleh mencetuskan keganasan, bagi membendung insiden seperti ini dari terus berleluasa.
“Kami menyeru semua pihak agar bersikap bertanggungjawab dengan tidak mencetuskan sebarang provokasi dengan memainkan isu dan sentimen perkauman, ekstrimisme agama atau apa sahaja perkara yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keharmonian yang sedang kita kecapi bersama ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Foto: Kosmo! Online

Dalam pada itu, selain mengecam keras perbuatan jahat yang diterima oleh Teresa, Khalid juga menyatakan bahawa pihaknya berasa gusar terhadap isu perkauman serta perbalahan agama yang semakin meruncing akibat daripada sentimen agama dimainkan oleh pihak tertentu.

Sumber: Facebook Amanah Wilayah Persekutuan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd