Konten ‘prank’ terbaru yang dibuat oleh pelakon sinetron, Baim Wong terhadap pihak polis Indonesia berhubung isu yang tengah viral di media tempatan telah membuat heboh di negara Indonesia.
Mana tidaknya, dia telah membuat ‘prank’ bersama isterinya, Paula Verhoeven apabila berpura-pura melaporkan ke polis yang berlaku Keganasan Dalam Rumah Tangga (KDRT) dalam rumah tangga mereka.
Perkara tersebut dibuat sejurus selepas tularnya isu pasangan selebriti Lesti Kejora yang menjadi mangsa KDRT suaminya, Rizky Billar.
Buat permohonan maaf
Selepas teruk dikecam, mereka berdua telah tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan bahawa konten yang dibuat adalah experiment social.
Minta maaf sebab buat konten prank
Disebabkan kerap kali melakukan hal sama iaitu memanfaatkan isu semasa untuk dijadikan konten, netizen di Indonesia seakan sudah muak dengan drama keluarga terbabit.
Walaupun kadang kala dia melakukan konten-konten tersebut bersifat positif, namun cara yang digunakan sangat tidak bersesuaian dan adakala seakan tidak menjaga sensitiviti sesetengah pihak serta tidak menghormati undang-undang.
@lavanyadream Membalas @irma.aulia1 udah kelar ya ges ya, orangnya minta maaf 🤭 coba kasih pesan kalian untuk Baim& Paula kedepannya 😅 #baimpaula #baimwong #prankkdrt #baimwongviral
Banyak penderitaan orang jadi bahan konten
Oleh itu, menerusi video di TikTok, ada netizen telah melabel Baim Wong sebagai artis yang bahagia dengan penderitaan orang lain.
Hal ini mungkin disebabkan beberapa kejadian yang pernah berlaku melibatkan selebriti terbabit yang tular dan mencetuskan kemarahan orang ramai.
@berkat_hidayat ♬ suara asli – BERKAT HIDAYAT(akhyber) – BERKAT HIDAYAT(akhyber)
Nak juga terkenal ketika ini
Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet Indonesia berasa setuju dengan kenyataan tersebut kerana perkara berkenaan sudah kerap terjadi.
Betul sangat lah tu
Sikit2 buat video klarifikasi
Kenapa la dia macam tu?
Memang betul pun
Walau bagaimanapun, masih ramai yang menyokong pasangan ini kerana mereka merupakan antara artis yang rajin membantu orang-orang susah terutamanya ketika pandemik kelmarin.
Penyokong mereka turut meminta agar orang ramai tidak terus menjatuhkan hukuman kepada kesalahan mereka kerana banyak lagi perkara baik yang pernah dilakukan Baim Wong sekeluarga kepada masyarakat Indonesia.
Sumber: TikTok @berkat_hidayat