Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Dituduh Punca Hubungan Justin & Selena Retak, Hailey Tampil Pertahankan Diri

Isteri kepada penyanyi terkenal, Justin Bieber iaitu Hailey Bieber akhirnya bersuara selepas empat tahun dia mengunci mulut mengenai tuduhan yang dia merampas suaminya itu daripada Selena Gomez.

Menerusi siaran podcast bersama Alex Cooper pada Rabu lalu, dia telah didakwa menjadi penyebab kepada hubungan percintaan antara Justin dan Selena terputus selepas lapan tahun bercinta.

Tidak tahan menerima pelbagai spekulasi tidak masuk akal yang dilemparkan oleh orang ramai, Hailey memberitahu kisah sebenar apa yang telah berlaku sebenarnya selama ini.

“Ada banyak perkara yang saya elak daripada bercakap selama ini. Saya tidak pernah terfikir pun untuk membuka mulut dan memberitahu situasi sebenar.
“Orang perlu tahu kisah sebenar kerana ada kebenaran di sebaliknya,” katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak menganggu hubungan Justin bersama Selena ketika mereka hangat bercinta dan menjadi perampas dalam sesuatu hubungan adalah bukan sifat di dalam dirinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tegasnya, sejak berkawan, bercinta hingga berkahwin, suami kesayangannya itu tidak terikat dengan mana-mana hubungan bersama wanita lain.

“Itu bukan karakter saya untuk mengganggu perhubungan orang lain, saya tidak akan berbuat demikian.
“Saya dibesarkan dengan nilai moral yang lebih baik berbanding apa diperkatakan tentang saya. Saya tidak berminat merosakkan hubungan orang dan tidak sesekali melakukan perkara itu,” ulasnya.

Untuk info, Hailey mendirikan rumah tangga berma Justin selepas beberapa bulan suaminya itu memutuskan hubungan bersama bekas kekasihnya, Selena Gomez.

Sumber: mStar 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet olahraga negara, Eddy Bernard meraih pingat gangsa pertama untuk Malaysia di temasya Sukan Paralimpik Paris dalam acara 100m T44 (kecacatan fizikal) di Stade...

Sukan

Penampilan pertama Muhammad Fareez di Sukan Paralimpik Paris 2024 memberi aksi kurang memberangsangkan kerana terlampau memikirkan untuk merebut kemenangan dalam perlawanan penentuan pingat gangsa...

Lokal

Dua lelaki meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung di Jalan Pendek, Kampung Kota, Kota Bharu petang semalam. Menerusi laporan Kosmo!, kejadian berlaku...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) melancarkan Program e-Perkasa SPM Yayasan LTAT (YLTAT) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam memperkasakan pendidikan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM)....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd