Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Keganasan Rumah Tangga, Yuni Shara Akui Terpaksa Pura-pura Nikmati Hubungan Intim

Baru-baru ini penyanyi tersohor Indonesia, Yuni Shara membuat pengakuan berani apabila mengenai kisah rumah tangganya bersama bekas suami, Raymond Manthey dalam sebuah program podcast bersama Deddy Corbuzier.

Kakak kepada selebriti tersohor Krisdayanti itu mengakui dirinya tidak pernah menikmati hubungan seks bersama bekas suaminya kerana trauma.

Yuni berkata, sepanjang mereka bersama ‘diranjang’, dia hanyalah berpura-pura menikmati hubungan intim tersebut.

“Saya berpura-pura seronok semasa hubungan seks, tak pernah merasai kenikmatannya,”dedah Yuni atau nama sebenarnya Wahyu Setyaning Budi.

Dedahnya lagi, trauma itu terjadi setelah dia berdepan dengan masalah keganasan rumah tangga bersama Raymond sejak dari hari pertama mereka berkahwin.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sejujurnya, sejak hari pertama perkahwinan, aku dikasari setiap hari. Itu kerana ia berlaku ketika usiaku masih muda dan sehingga kini peristiwa tersebut masih melekat di dalam jiwa,”ujarnya.

Trauma dengan apa yang berlaku, selebriti berusia 50 tahun ini mendedahkan dirinya terpaksa mendapatkan menjalani rawatan rangsangan seksual selepas bercerai dan sentiasa berdoa agar dirinya tidak bertemu dengan bekas suaminya itu.

“Kawan saya pernah bawa saya berjumpa doktor kerana pada waktu itu saya trauma dengan lelaki. Saya juga berdoa agar tidak dipertemukan dengan bekas suami dan Alhamdulillah, sudah 25 tahun saya tak berjumpa dengannya,”luah Yuni.

Sekadar info, Yuni dan Raymond berkahwin pada tahun 1993 namun mereka berdua bercerai selepas empat bulan mendirikan rumah tangga.

Sumber: Suara.com

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Lokal

Kerajaan Negeri Sarawak dakwa Petronas Carigali Sdm. Bhd (PCSB), anak syarikat Petronas telah melakukan pelanggaran atau ketidakpatuhan terhadap Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas (DGO)...

Filem

Ejen Ali The Movie 2 bakal membawa penonton ke dunia penuh aksi dan ketegangan setelah pelancaran treler rasmi keduanya pada hari ini. Ejen Ali...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd