Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Suara Muncul Dalam Konsert, Rossa Terlupa Glenn Fredly Dah Tiada

Sedar tak sedar, sudah lebih dua tahun penyanyi Indonesia iaitu Glenn Fredly meninggal dunia dipercayai akibat radang otak.

Namun, ‘kehadiran’ mendiang seolah-olah masih terasa bagi penyanyi terkenal Rossa ketika mengadakan persembahan pada konsert 25 Shining Years di Bandung, baru-baru ini.

Memetik laporan Suara.com, Rossa menyanyikan 27 lagu popular sepanjang kariernya selain turut membawa salah satu lagu milik Glenn yang berjudul Sekali Ini Saja.

Ketika menghayati lagu tersebut, penyanyi berusia 44 tahun itu tergamam apabila terdapat rakaman suara mendiang dari arah belakang dimainkan sehingga mula berasa sebak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seperti berharap Glenn ‘muncul’ semula, Rossa bagaimanapun terlupa sebelum menyedari bahawa rakan baiknya itu sudah pergi buat selama-lamanya.

Penyanyi lagu Pudar itu berkata, dia mengakui terkejut kerana kemunculan rakaman suara berkenaan kerana tiada dalam latihan persembahan.

Terdahulu, Glenn yang popular dengan lagu Januari mengejutkan penggiat industri muzik selepas menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Setia Mitra pada 8 April 2020.

Pemilik nama Glenn Fredly Deviano Latuihamallo itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dangdut, Mutia Ayu pada 2019.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum itu, dia pernah berkahwin dengan penyanyi Dewi Sandra pada 2006 dan bercerai tiga tahun kemudian.

Sumber: Suara.com , Instagram @lambegosiip

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Lokal

Kerajaan Negeri Sarawak dakwa Petronas Carigali Sdm. Bhd (PCSB), anak syarikat Petronas telah melakukan pelanggaran atau ketidakpatuhan terhadap Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas (DGO)...

Filem

Ejen Ali The Movie 2 bakal membawa penonton ke dunia penuh aksi dan ketegangan setelah pelancaran treler rasmi keduanya pada hari ini. Ejen Ali...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd