Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Hukuman Penjara 5 Tahun Jika Suami Lupa ‘Birthday’ Isteri

Tidak dapat dinafikan, ulang tahun kelahiran adalah hari yang penting buat seseorang terutamanya golongan wanita yang sudah semestinya mahu suami atau pasangan masing-masing mengingati tarikh berkenaan.

Bagaimanapun, hari tersebut kadang kala dilupakan oleh suami memandangkan sudah lama mendirikan rumah tangga bersama insan tersayang.

Penjara 5 tahun lupa ‘birthday’ isteri

Artikel lain: Dipenjara 24 Tahun, Bekas Banduan Berjaya Khatam Al-Quran 120 Kali

Meskipun memaafkan dan melupakan adalah jalan yang terbaik untuk mendamaikan keadaan, namun berbeza pula undang-undang di Samoa yang beranggapan hari lahir sangat penting buat para suami.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini bermaksud suami wajib mengingati tarikh berkenaan atau berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun atas kesalahan ini.

Difahamkan, sehingga kini undang-undang tersebut masih digunakan di Samoa dan menurut media, suami di Samoa akan diberi amaran jika mereka lupa hari lahir isteri mereka buat kali pertama.

Bagaimanapun, jika kesalahan tersebut dilakukan untuk kali kedua, isteri boleh mengambil tindakan undang-undang dimana suami akan didenda atau dipenjarakan.

Bukan itu sahaja, terdapat pasukan khas telah ditubuhkan di negara tersebut bagi memastikan undang-undang itu dipatuhi oleh para suami.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pun begitu, jika si isteri membawa kes tersebut kepada pihak polis, pasukan yang berbeza dikhaskan untuk menyelesaikannya.

Sumber: Harian Metro

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Lokal

Kerajaan Negeri Sarawak dakwa Petronas Carigali Sdm. Bhd (PCSB), anak syarikat Petronas telah melakukan pelanggaran atau ketidakpatuhan terhadap Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas (DGO)...

Filem

Ejen Ali The Movie 2 bakal membawa penonton ke dunia penuh aksi dan ketegangan setelah pelancaran treler rasmi keduanya pada hari ini. Ejen Ali...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd