Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Hilang COD iPhone: Pihak Polis Minta Mangsa & Tunang Tampil Bantu Siasatan

Berita tentang kes hilang COD iPhone yang melibatkan seorang lelaki selepas gagal dikesan telah menjadi perbualan ramai.

Difahamkan, Daniel Haikal sempat membuat panggilan video dengan tunangnya dalam keadaan menangis dan sedang berlari meminta pertolongan sebelum gagal dihubungi.

Mangsa dihantar pulang pemandu lori

Namun, ahli keluarganya telah memaklumkan yang Daniel iaitu mangsa kes hilang COD iPhone sudah ditemui apabila dihantar pulang oleh seorang pemandu lori  awal pagi semalam dengan beberapa kesan kecederaan.

Mangsa kes hilang COD iPhone tidak dapat dihubungi

Walau bagaimanapun, memetik laporan dari Sinar Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan yang pihak mereka gagal menghubungi dan mengesan keberadaan pemuda tersebut serta tunangnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pihak polis meminta mereka segera hubungi Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan atau balai polis terdekat untuk bantu siasatan.
“Buat masa ini kita cuma dimaklumkan berkaitan kes orang hilang yang dilaporkan di Balai Brickfields dan mangsa telah pun kembali kepada keluarganya,” katanya.

Kes hilang COD iPhone

Kes hilang COD iPhone tiada laporan samun atau jenayah

Ujar beliau lagi, tiada sebarang laporan kejadian samun atau jenayah lain daripada pihak mangsa. Jadi, buat masa ini pihak polis masih berusaha untuk berhubung dengan mangsa bagi mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.

Jika ada pengesahan daripada mangsa mengenai sebarang perkara jenayah, pihak IPD Klang Selatan akan buka kertas siasatan,” jelasnya.

 

Kes hilang COD iPhone

Terdahulu, Daniel Haikal dikatakan kali terakhir dikesan ketika berada di  George Town, Pulau Pinang dalam keadaan menangis dan berlari sewaktu membuat panggilan video.

Susulan daripada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan pihak polis ada menerima laporan berhubung kehilangan mangsa di Balai Polis Pantai, IPD Brickfields, yang dibuat tunang lelaki berkenaan.Kes itu kemudian dirujuk ke IPD Klang Selatan selepas mangsa dikesan kali terakhir bertemu pelanggannya di pusat beli-belah GM Klang.
Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli), Instagram iameraheyra

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Filem

Ejen Ali The Movie 2 bakal membawa penonton ke dunia penuh aksi dan ketegangan setelah pelancaran treler rasmi keduanya pada hari ini. Ejen Ali...

Bisnes

Apple  mengumumkan laporan kewangan terbaharu mereka dengan mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 5%. Namun, syarikat teknologi gergasi itu turut menjangkakan cabaran besar bakal tiba apabila...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd