Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Song Joong-Ki Akui Sedih, Isteri Jadi Bahan Gosip Hingga Ke Eropah

Pelakon terkenal Korea Selatan, Song Joong-Ki mengakui hatinya terluka apabila mendengar pelbagai khabar angin mengenai isterinya, Katy Louise sejak mereka mendirikan rumah tangga pada Januari lalu.

Joong-Ki sedih

Merujuk kepada laporan dari Mstar memetik dari akhbar tempatan, Joong-Ki mengatakan yang pihak wartawan seperti mencipta khabar angin dengan menyebarkan cerita fantasi seolah-olah menulis novel mengenai isterinya.

Susulan daripada itu, pelakon drama  Reborn Rich berkenaan menyatakan yang dia berasa sedih dan meminta agar perkara tersebut segera dihentikan.

Ada segelintir wartawan menulis ‘novel’ tentang isteri saya dan perkara itu membuatkan saya terluka.
“Perbuatan ini jelas tidak bertanggungjawab dan seolah-olah cuba memburukkan Katy yang langsung tidak bersalah,” katanya.
Lebih membuatnya berasa kesal, berita-berita tidak tepat itu turut tersebar meluas sehingga ke United Kingdom.
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by 송중기 songjoongki official (@hi_songjoongki)

Berita tentang isteri Song Joong-Ki sampai ke Eropah

Akibat daripada tindakan pihak tidak bertanggungjawab, dia terpaksa memendam rasa memandangkan hal peribadinya menjadi tumpuan umum dunia.

“Bayangkan betapa sakitnya hati Katy apabila perkara ini berlaku. Dia juga ada beritahu berita mengenainya turut tersebar di UK.
“Dia tidak biasa dengan perhatian diberikan apatah lagi apabila timbul pelbagai dakwaan tidak benar tentang kami,” jelasnya.

Untuk rekod, pelakon tersebut telah mendirikan rumah tangga pada Januari lalu dan mengumumkan telah menimang cahaya mata lelaki pada Jun 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Tahniah! Song Joong-Ki & Isteri Selamat Timang Anak Sulung Lelaki

Dia yang pernah berkahwin dengan aktres terkenal,  Song Hye Kyo pada 2017 telah sah berpisah pada 2019 selepas dua tahun bergelar suami isteri.

Mereka yang terkenal sebagai pasangan di dalam drama Descendant of The Sun telah jatuh cinta sewaktu pengambaran sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Sumber: Mstar

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

 

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Lokal

Kerajaan Negeri Sarawak dakwa Petronas Carigali Sdm. Bhd (PCSB), anak syarikat Petronas telah melakukan pelanggaran atau ketidakpatuhan terhadap Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas (DGO)...

Filem

Ejen Ali The Movie 2 bakal membawa penonton ke dunia penuh aksi dan ketegangan setelah pelancaran treler rasmi keduanya pada hari ini. Ejen Ali...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd