Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Fuziah Salleh Perjelas Video Tular – “Sebenarnya Ia Video Lama, Mungkin Bermotifkan Politik”

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh mengulas berhubung video beliau yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Fuziah memberitahu bahawa rakaman tersebut adalah video lama yang ditularkan kembali oleh pihak tertentu.

Menjelaskan perkara sebenar, beliau berkata rakaman video lama itu adalah ketika beliau berkunjung ke sebuah pasar raya di Langkawi, Kedah pada awal Julai lalu.

“Sebenarnya ia video lama. Ketika itu ada isu yang (yang mengatakan perbelanjaan) RM200 (untuk barangan keperluan asas) tak dapat apa-apa. Jadi pada waktu itu, saya buat tinjauan di sebuah pasar raya dan beli sendiri barangan di situ.
“Harganya lebih sedikit berbanding tempat lain yang menjual barangan Jualan Rahmah, namun masih cukup dan boleh penuh satu bakul dengan wang di bawah RM200. Kenyataan saya dalam video bagaimanapun merujuk kepada situasi ketika itu,” katanya.

Dalam pada itu, Fuziah berharap penjelasannya dapat memperbetulkan pemahaman segelintir netizen yang keliru dengan mesej cuba disampaikannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Diharap yang silap faham boleh diperbetulkan, tapi yang ada agenda tersendiri (menyebarkan rakaman video itu) berhati-hatilah,” ujarnya.

Terdahulu, rakaman berdurasi satu minit 36 saat tersebut memperlihatkan Fuziah melakukan tinjauan bagi memantau harga barang keperluan asas di pasaran dan membeli beberapa barangan untuk penilaian kos.

Antara barangan dibeli ialah minyak masak, beras, biskut, mi segera, sardin dalam tin, tepung gandum, serbuk minuman, bawang dan kentang dengan nilai perbelanjaan sebanyak RM136.30.

https://www.facebook.com/sofia.comel.77/posts/pfbid022UQXoTRsMtcCjft5REdfLripb7VfGueFPmByrNsbyYKsWXzWWiQ5GxZi4pXwiNWCl

Rentetan itu, video berkenaan telah mengundang reaksi kurang senang dengan kenyataan Fuziah yang mengatakan barangan RM200 cukup untuk membeli beberapa keperluan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Redzuan Muharam), Facebook Yatt Kasmuri

Iffa Sabrina
Ditulis oleh Iffa Sabrina

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Filem

Ejen Ali The Movie 2 bakal membawa penonton ke dunia penuh aksi dan ketegangan setelah pelancaran treler rasmi keduanya pada hari ini. Ejen Ali...

Bisnes

Apple  mengumumkan laporan kewangan terbaharu mereka dengan mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 5%. Namun, syarikat teknologi gergasi itu turut menjangkakan cabaran besar bakal tiba apabila...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd