Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bekalan beras tempatan kurang sebab ‘panic buying’ atau pembelian panik.
Bekalan beras tempatan kurang sebab ‘panic buying’
Mohamad Sabu atau lebih mesra disapa Mat Sabu berkata, bekalan beras tempatan kurang sebab ‘panic buying’ selain permintaan terhadapnya melonjak apabila beras import naik harga.
“Bila berlaku kenaikan harga beras import begitu tinggi, yang selalu beli beras import berubah (pembelian) ke beras tempatan menyebabkan berlaku kekurangan (bekalan di pasaran).
“Sebelum ini beras tempatan tidak dipedulikan sangat termasuk oleh para peniaga,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12),”katanya.
Artikel lain: Rakyat Kena Tunjuk Kad Pengenalan Sebelum Beli Beras Subsidi
Artikel lain: PM Beri Jaminan Harga Beras Tempatan Tidak Naik, Arah Menteri Turun Padang
Warga asing perlu makan
Tambah Mat Sabu, pihak kerajaan masih belum memutuskan untuk melarang warga asing daripada membeli beras putih tempatan.
Ini kerana mereka juga perlu membeli beras dan makan nasi untuk memberikan tenaga.
“Warga asing pun perlu makan, jangan lupa mereka bekerja dan berkhidmat untuk membangunkan negara kita,” ujarnya.
Sebelum ini, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal meminta Mat Sabu bertanya mengenai keputusan kerajaan terhadap cadangan larangan pembelian beras terhadap warga asing.
Bekalan beras putih tempatan mencukupi
Mat Sabu juga yakin bahawa langkah-langkah intervensi yang dilakukan dapat menangani masalah kekurangan bekalan beras termasuk Operasi Beras Putih Tempatan.
Tambahnya, stok bekalan beras negara adalah mencukupi iaitu adalah sebanyak 900,000 tan metrik membabitkan 250,000 tan metrik simpanan stok dan 650,000 tan metrik stok dagangan.
“Jumlah ini adalah mencukupi untuk menampung keperluan beras negara bagi tempoh empat hingga lima bulan.
“Sehubungan itu kementerian berpandangan bahawa masih belum terdapat keperluan mendesak yang bersifat kecemasan untuk menggunakan simpanan stok yang berjumlah 250,000 tan metrik,” jelasnya.
Malah, stok dagangan sedia ada sebanyak 650,000 tan metrik juga mencukupi bagi menampung keperluan domestik.
Sumber: Sinar Harian (Raihan Mohd Sanusi)