Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nekad Lari Rumah, Budak 6 Tahun ‘Mangsa Dera’ Mungkin Cacat Fizikal -“Kakinya Bengkok”

Budak lelaki enam tahun mungkin cacat fizikal berikutan didera bapa kandung dan ibu tiri di Bahau, Negeri Sembilan.

Minggu lalu, tular sebuah video memaparkan seorang budak lelaki berusia enam tahun nekad melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan menjadi mangsa dera.

Artikel lain: Budak 6 tahun nekad lari dari rumah, tak tahan didera bapa kandung & ibu tiri

Artikel berkaitan: Kanak2 Dipercayai Mangsa Dera Ditinggal Tepi Jalan, Badan Ada Kesan Cedera

Advertisement. Scroll to continue reading.

Budak 6 tahun mungkin cacat fizikal

Terbaharu, budak lelaki berkenaan dilaporkan berkemungkinan terpaksa membesar dalam keadaan tidak sempurna apabila giginya patah dan kaki pula bengkok.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh ibu mangsa mengenai keadaan anaknya yang didakwa pernah ditumbuk di bahagian muka sehingga menyebabkan gigi hadapannya patah.

“Dia (anak) mungkin terpaksa memakai gigi palsu. Kakinya juga bengkok sedikit. Saya tidak dapat memastikan punca sebenar kerana alasan pihak sana sentiasa berubah. Ada yang kata dia terjatuh basikal, namun ada pula yang cakap anak saya dipukul guna paip getah,”maklum ibu mangsa.
@mrshamkedah

Ya Allah Ya Tuhanku…. kau ampunilah dosa2 kami, dosa anak2 isteri kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa sahabat2 kami, dosa saudara2 kami dan dosa umat islam seluruhnya. Jadikan kami yg masih hidup ini menjadikan keutamaan kehidupan diakhirat lebih utama dari keperluan didunia, dan janganlah kami membesarkan dunia didalam diri kami… Aamiin yarabbal aโ€™lamiin๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ#prayforadikwadan#kesderabudak#adikwadan#doaku#doabuatmudoasamaยฒ#support_me #supporteachother #fyp #fypใ‚ท #fypใ‚ทใ‚šviral #fypage #zyxcba

โ™ฌ original sound – ๐Ÿ”ฐ๐Ÿ”ฐ๐“œ๐“ก ๐“ข๐“ฑ๐“ช๐“ถ ๐“š๐“ฎ๐“ญ๐“ช๐“ฑ๐Ÿ”ฐ – ๐Ÿ”ฐ๐Ÿ”ฐ๐“œ๐“ก ๐“ข๐“ฑ๐“ช๐“ถ ๐“š๐“ฎ๐“ญ๐“ช๐“ฑ๐Ÿ”ฐ

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ibu kandung syukur anak makin pulih

Bagaimanapun, ibu mangsa berusia 26 tahun meluahkan rasa syukur kerana keadaan anaknya semakin pulih walaupun berjalan dengan kaki bengkok sedikit dan mungkin cacat fizikal.

Dalam perkembangan lain, laporan mengenai keadaan organ dalaman kanak-kanak berkenaan dijangka diketahui tidak lama lagi.

Kemudiannya, pihak terlibat akan membuat tindakan selanjutnya termasuklah melakukan pembedahan.

โ€œBuat masa sekarang, anak saya perlu dipantau pasukan perubatan Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah bagi mengenal pasti sekiranya terdapat kecederaan dalaman.
โ€œPerut anak saya juga keras dan membengkak. Dia mengadu sakit lepas makan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Doktor juga sudah membuat imbasan pada perutnya semalam (kelmarin),โ€ ujarnya.

budak 6 tahun mangsa dera mungkin cacat fizikal

Difahamkan, kanak-kanak itu akan ditempatkan di wad selama dua ke tiga minggu bagi memantau keadaan semasanya. Ini termasuk fizikal, mental dan emosi kembali pulih sepenuhnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia kemudiannya akan dibawa pulang ke Sarawak selepas selesai menerima rawatan selain tidak akan berhubung dengan mana-mana peguam.

Sumber: Kosmo!ย 

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta ยฉ 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd