Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita Meninggal Dunia Tertidur Dalam Kereta Rupanya Jaga Bapa Sakit Di Wad

Seorang wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta berkunci di kawasan Klinik Pakar, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di Ipoh semalam didapati tertidur ketika menjaga bapanya yang sakit.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, siasatan mendapati mangsa menjaga bapanya yang sakit di wad HRPB dan dipercayai masuk ke dalam kereta untuk berehat tanpa membuka cermin kereta.

Tertidur dalam kereta

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu bedah siasat yang dijadualkan pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu, Yahaya berkata pihaknya telah menerima maklumat daripada pengawal keselamatan memaklumkan telah nampak seorang perempuan tidak sedarkan diri dan disyaki meninggal dunia di dalam sebuah kereta di parkir HRPB.

Artikel lain: Kanak-Kanak Perempuan Usia 5 Tahun Maut Tertinggal Dalam Kereta

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh menerima panggilan kecemasan jam 6.07 petang sebelum mendapati mangsa terkunci di dalam kereta Toyota Camry.

Difahamkan, mangsa ditemui di kerusi penumpang belakang dalam keadaan berbaring beralaskan bantal.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd