Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kanak-Kanak Perempuan Usia 5 Tahun Maut Tertinggal Dalam Kereta

Seorang kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta berusia lima tahun telah dilaporkan dalam satu kejadian di Hospital Shah Alam.

Ibu bertugas di Hospital Shah Alam

Memetik laporan dari Harian Metro, ibu mangsa  yang merupakan petugas di Hospital Shah Alam dipercayai meninggalkan kanak-kanak perempuan berkenaan di dalam kereta jenis Perodua Axia secara tidak sengaja selepas mengambilnya dari taska sekitar jam 2 petang.

kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta

Pegawai perubatan lapor polis kanak2 maut tertinggal dalam kereta

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihak polis telah menerima panggilan berhubung kejadian tersebut kira-kira jam  8.01 malam oleh pegawai perubatan.

“Semasa ditinggalkan, mangsa dalam keadaan tertidur dan enjin kereta dimatikan. Ibu kanak-kanak itu yang berusia 34 tahun yang juga kakitangan hospital hanya menyedari kejadian terbabit selepas dihubungi suaminya, pada 6 petang.
“Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam, dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta

Artikel lain: Kanak-Kanak Dua Tahun Maut , Ibu Tertinggal Lebih Tujuh Jam Dalam Kereta

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemeriksaan ke atas mangsa juga tidak mengesan sebarang kecederaan dalaman dan luaran dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Mohd Iqbal juga menasihati agar orang ramai lebih berhati-hati semasa mengambil anak pulang dari sekolah atau taska lebih-lebih lagi jika masih kecil supaya insiden sebegitu tidak berulang.

Sumber: Harian Metro (Norzamira Che Noh)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki warga emas yang memandu van sehingga menyebabkan kematian seorang murid perempuan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong pada Selasa...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Lokal

Seorang pelayan bar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang wanita muda dalam...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd