Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

KL Jadi Pilihan, Vijay Umum Tinggalkan Dunia Lakonan Di Hadapan Lebih 85,000 Peminat

Aktor tersohor India yang kini aktif dalam dunia politik, Vijay, mencipta detik bersejarah apabila memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi rasmi untuk mengumumkan pengundurannya daripada dunia perfileman.

Vijay berjaya kumpulkan puluhan ribu peminat

Menurut laporan Berita Harian, pengumuman penuh emosi itu dibuat di hadapan puluhan ribu peminat pada majlis pelancaran audio filem Jana Nayagan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai saksi kepada penutup tirai karier lakonannya.

vijay

Dianggarkan kira-kira 85,000 peminat membanjiri stadium ikonik itu bagi menyaksikan penampilan terakhir aktor berusia 51 tahun yang digelar ‘Thalapathy’, yang menyifatkan keputusan berundur daripada layar perak sebagai satu pengorbanan besar demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada perjuangan politik.

Artikel lain: Baru Sehari, Aktor Vijay Miliki 5 Juta Pengikut Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Vijay, pemilihan Kuala Lumpur bukan sekadar lokasi penganjuran acara, sebaliknya simbol penghargaan terhadap sokongan peminat antarabangsa yang sentiasa berdiri di belakangnya sepanjang lebih tiga dekad bergelar bintang filem Tamil.

“Ketika mula melangkah ke dunia lakonan, saya hanya membayangkan membina sebuah rumah pasir kecil. Namun, peminatlah yang membina istana dan benteng kukuh untuk saya.
“Demi peminat yang sanggup berkorban segala-galanya, saya juga sanggup mengorbankan dunia perfileman,” katanya.

vijay

Majlis yang dinamakan Thalapathy Thiruvizha itu berlangsung hampir enam jam dan menjadi simbol perpisahan rasmi Vijay dengan dunia sinema. Acara tersebut turut mencatat sejarah tersendiri apabila diiktiraf oleh Malaysian Book of Records (MBR) sebagai pelancaran audio filem dengan kehadiran penonton terbesar.

Penganjuran acara itu dilaksanakan di bawah kawalan keselamatan ketat, selain larangan sebarang unsur politik seperti yang ditetapkan pihak berkuasa Malaysia.

Selain ucapan perpisahan Vijay, majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Tippu, Anuradha Sriram dan Saindhavi, selain perkongsian kenangan oleh rakan industri yang pernah bekerjasama dengannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

vijay

Terdahulu, kehadiran Vijay di Stadium Nasional Bukit Jalil dilaporkan mencetuskan fenomena tersendiri apabila aura bintang besar itu berjaya menghimpunkan puluhan ribu peminat dari dalam dan luar negara.

Pelancaran audio Jana Nayagan menjadi pencapaian penting sebelum filem tersebut menemui penonton.

Filem arahan H Vinoth itu diterbitkan oleh KVN Productions dan dibintangi barisan pelakon berprofil tinggi termasuk Pooja Hegde, Bobby Deol, Mamitha Baiju, Gautham Vasudev Menon, Prakash Raj, Narain dan Priyamani.

Sumber: Berita Harian (Affan Rostam)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Jasa Allahyarhamah Normah Sabar tidak terhenti selepas pemergiannya apabila wanita yang dikenali sebagai juruukur wanita pertama negara itu turut menyumbang sinar baharu kepada sekurang-kurangnya...

Sosial

Bekas adik ipar usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli iaitu Anes Ayunie kini berada dalam keadaan stabil selepas mengalami komplikasi ‘placenta accreta’ sejurus...

Lokal

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh jaringan akademik dan industri kreatif antarabangsa menerusi Program Lawatan Secara Bersemuka Profesor Adjung Erik Knudsen 2026 yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd