Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Baru Sehari, Aktor Vijay Miliki 5 Juta Pengikut Instagram

Bakat aktor filem Tamil iaitu Thalapathy Vijay tidak dapat dinafikan lebih-lebih lagi selebriti berusia 48 tahun ini berjaya mencuri hati ramai peminat baik di India mahupun di serata Asia termasuk Malaysia.

Vijay buka akaun Instagram

Terbaharu, tindakan aktor kelahiran Chennai, India itu membuka akuan Instagram rasmi miliknya semalam menguatkan lagi kedudukannya sebagai seorang pelakon diminati dan disegani ramai.

Mana tidaknya, pelakon filem Beast itu baharu sahaja membuka akaun Instagram tetapi sudah meraih hampir lima juta pengikut dalam tempoh 24 jam.

“Hello Nanbas dan Nanbis (hello kawan),”tulis Vijay berserta fotonya.
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Vijay (@actorvijay)

Malah, Vijay turut memaklumkan bahawa akaun Instagram berkenaan dikendalikan oleh pejabat urusannya.

“Halaman akaun rasmi dikendalikan oleh pejabat pelakon Vijay,”menurut bio akaun Instagram berkenaan.

Rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Vijay kerana berjaya menghasilkan akaun Instagram demi peminat.

Sekadar info, Vijay memulakan karier seninya pada tahun 1984 berjudul Vetri yang diarahkan oleh bapanya, S. A. Chandrasekhar. Boleh dikatakan setiap filem lakonan beliau mendapat pujian di kalangan peminat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, filem terbaharu lakonannya iaitu Virasu turut mendapat sambutan hangat dan mencatat kutipan pecah panggung.

Sumber: Instagram @actorvijay

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd