Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Usaha Perkasa TVET, Kerajaan Pertimbang Gaji Graduan Melebihi RM4,000

Kerajaan kini mempertimbangkan usul gaji graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) ditawarkan lebih RM4,000.

Menurut laporan Harian Metro, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu langkah tersebut adakah salah satu untuk memperkasakan institusi TVET di negara ini.

Gaji graduan TVET RM4,000

Artikel lain: IMPAC, Sime Darby Perkasa Agenda TVET Dalam Sektor Perladangan & Komoditi

“Terdapat saranan agar gaji premium itu bukan berasaskan gaji minimum, tetapi satu tahap tertinggi yang dicadangkan RM4,000 ke atas.
“Untuk itu, secara tidak langsung ini akan menggalakkan para pelajar masuk ke institusi TVET ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan tambahan Dr Halimah Ali (PN – Kapar) yang membangkitkan isu Majlis TVET Negara dan gaji membabitkan graduan dalam bidang itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan TVET wajar dimulakan awal iaitu selepas Tingkatan Tiga dan secara tidak langsung menjadi ‘feeder’ kepada institusi itu.

“Ini agar mereka dapat mengambil diploma dan juga ijazah (sarjana muda) dua tahun lebih awal daripada rakan-rakan lain,” katanya.

Sehubungan dengan itu, kerajaan akan memperhalusi serta meneliti semua yang dikemukakan dan segala keputusan bakal diumumkan ketika pelancaran Dasar TVET pada 2 Jun nanti.

Sumber: Harian Metro (Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd