Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

IMPAC, Sime Darby Perkasa Agenda TVET Dalam Sektor Perladangan & Komoditi

Kementerian Perladangan dan Komoditi melalui institutnya, IMPAC bekerjasama dengan Sime Darby Plantation dalam memperkasakan agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Timbalan menterinya, Datuk Chan Foong Hin berkata, ia bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam merealisasikan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran, termasuk sektor perladangan dan komoditi.

Menurutnya, IMPAC merupakan merupakan sebuah institusi induk yang dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (Industry Lead Body) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

“IMPAC dalam perkara ini telah memainkan peranan yang proaktif bersama-sama pemegang taruh demi mewujudkan satu ekosistem yang dapat menarik minat generasi muda untuk memilih bidang pekerjaan di sektor agrikomoditi sebagai antara pilihan kerjaya yang menjamin masa hadapan,”katanya dalam satu kenyataan pada Program SD Plantation Future Fest ’24 (SDPFF’ 24). 

IMPACT Sime Darby

Ujar beliau, penggunaan mekanisasi dan automasi dalam operasi perladangan ini dilihat mampu menyediakan peluang pekerjaan bernilai tinggi yang menjamin pendapatan yang kompetitif.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, beliau berkata penghasilan pemotong lasert bersama Universiti Malaya melalui projek kolaborasi dengan Inisitiaf Sime Darby Plantation dalam memodenkan sektor perladangan perlu dicontohi.

Ini bagi melestarikan sektor perladangan menerusi penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan yang berterusan.

“Saya turut dimaklumkan, Akademi Sime Darby Plantation telah diiktiraf sebagai Pusat Bertauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk menjalankan program TVET micro-credential bidang Operasi Mekanisasi Ladang Sawit,”ujar Foong Hin.

IMPACT Sime Darby

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Sime Darby Plantation atas pencapaian yang telah dicapai selama ini, selain berharap semua pihak menyokong usaha kementeriannya dalam memaju dan mempertingkatkan daya saing industri perladanga dan agrikomoditi negara.

Artikel lain: Bakal Ambil Tindakan Tegas, KPK Arah Keluarkan Produk Pamer Label Diskriminasi Minyak Sawit

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd