Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tinggal Solat Jumaat Tanpa Uzur Syarie? Kedah Tegas Laksana Undang-Undang

Pelaksanaan undang-undang syariah terhadap individu yang meninggalkan solat Jumaat di Kedah bukan bertujuan menghukum semata-mata, sebaliknya sebagai usaha mendidik serta meningkatkan kesedaran umat Islam mengenai kepentingan ibadah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan negeri, Datuk Mohd. Azam Abd. Samat berkata, mana-mana individu Islam yang gagal menunaikan solat Jumaat tanpa uzur syarie boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014.

Katanya, peruntukan itu menetapkan bahawa lelaki beragama Islam yang meninggalkan solat Jumaat, khususnya secara berulang seperti tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang dibenarkan syarak, boleh dikenakan denda, penjara atau kedua-duanya sekali.

“Pendekatan penguatkuasaan yang diambil lazimnya memberi tumpuan kepada kes berulang, selaras dengan usaha mendidik dan membimbing masyarakat agar mematuhi tuntutan agama,” katanya pada sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN ke-15, hari ini.

Artikel lain:  Perak Capai Sifar Miskin Tegar, 732 Ketua Isi Rumah Berjaya Ubah Nasib!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut beliau lagi, Seksyen 13 enakmen berkenaan memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah (JHEINK) bertanggungjawab memantau serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap kesalahan berkenaan,” katanya.

Sumber: FB Urus Setia Penerangan Darul Aman – UPDA

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Usahawan yang juga pempengaruh media sosial Anees Ayunie meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi menerima hadiah sebuah rumah daripada suaminya bersempena kehamilan anak kedua...

Lokal

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan keluar sebanyak 31 tong minyak diesel dalam satu operasi di...

Spotlight

Spekulasi mengenai tuntutan harta antara bintang TikTok terkenal, Khaby Lame dan bekas isterinya, Wendy Thembelihle Juel hangat diperkatakan di media sosial selepas timbul dakwaan...

Nasional

Kerajaan Malaysia dan Hungary memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Stipendium Hungaricum Scholarships bagi tempoh 2026 hingga 2028. Ia sekali gus memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd