Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dicky Belajar Servis Motor Dengan Abang Minyak Hitam Jalanan – “Terima Kasih Sudi Ajar”

Seorang individu yang tular sebelum ini, Dicky mencuri perhatian selepas memaklumkan dirinya sedang belajar menukar minyak hitam motosikal bersama seorang mekanik jalanan yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam Jalanan.

Dicky berkata, sesi pembelajaran itu merupakan sebahagian daripada rancangannya untuk mempelajari asas penyelenggaraan motosikal seperti menukar sprocket, rantai dan tayar pada masa akan datang.

“Hari ni cuti, lepas tu datang sini. Sebelum ni ada ajaran nak belajar tukar minyak hitam, tukar sprocket, tukar rantai, tukar tayar nantilah. Hari ni belajar tukar minyak hitam.
“So macam mana pun, terima kasih Abang Yusof, Abang Aiman yang ajar saya hari ni. Selesai sudah misi pertama untuk tukar minyak hitam,” katanya menerusi satu hantaran video di TikTok.

Menurutnya, pengalaman tersebut merupakan langkah awal sebelum dia melanjutkan kepada kemahiran lain dalam penyelenggaraan motosikal, selain merancang untuk terus belajar pada waktu lapang.

“Misi kedua nanti saya nak buat tukar rantai, tukar sprocket, tukar tayar pula. Minggu depan kalau ada masa, insya-Allah saya akan datang lagi waktu malam kalau ada masalah.
“Terima kasih Abang Aiman dan semua yang ajar hari ini. Video hari ini sampai sini sahaja, agak letih juga, lepas tu nak pergi basuh tangan dulu. Terima kasih guys, bye,” ujarnya.

Sementara itu, Abang Minyak Hitam Jalanan atau nama sebenarnya Mohd Yusof Mohd Noor turut berkongsi satu hantaran video memaparkan dirinya sedang mengajar Dicky cara untuk menukar minyak hitam pada sebuah motosikal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, Dicky kemudian meninggalkan komen pada hantaran tersebut menyatakan penghargaan terhadap Abang Minyak Hitam Jalanan yang sudi berkongsi ilmu berkaitan penyelenggaraan motosikal.

“Terima kasih sebab sudi ajar cara servis motosikal. Kemahiran ni siapa pun boleh belajar, tapi yang sanggup tunjuk ajar cara buat tu yang paling mahal nilainya. Respek abangku,” tulis Dicky.

Terdahulu, kedua-duanya tular apabila Dicky ketika itu sedang berdepan masalah motosikal yang rosak di tepi jalan dan dia bercadang untuk membayar servis yang telah diberikan oleh Abang Minyak Hitam Jalanan sebaik berjaya dibaiki.

Namun setelah menyedari baki dalam e-dompet Dicky  agak terhad, Abang Minyak Hitam Jalanan mengambil keputusan untuk tidak mengenakan sebarang bayaran sebaliknya memberikan khidmat tersebut secara percuma.

Sumber: TikTok @dymt1031 dan @minyakhitamjalanan_

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Sebuah kedai scones popular di Cameron Highlands menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa tangkap layar di platform Threads yang didakwa melibatkan interaksi akaun media...

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Sukan

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menyifatkan Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai antara prospek terbaik sukan permotoran negara ketika ini kerana memiliki kemampuan untuk bersaing...

Sukan

Penyerang import berbisa, Heberty Fernandes sah menamatkan perkhidmatannya bersama juara Liga Super 12 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT), selepas hampir tiga musim menyarung...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd