Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Piala Dunia Sepak Takraw: Bukan Salah Mana-Mana Pemain, Kami Hormat Keputusan – Penolong Pengurus Skuad Thailand

Penolong pengurus skuad sepak takraw Thailand, Rattadech Noijaroen, meluahkan rasa kecewa susulan insiden kontroversi yang mencemari aksi Piala Dunia ISTAF di Stadium Titiwangsa malam tadi, ketika Malaysia menewaskan musuh tradisi itu 2-1.

Perlawanan yang berlangsung sengit bertukar tegang apabila aksi regu ketiga negara berada pada kedudukan 14-13 dalam set kedua, sebelum tercetus bantahan daripada pemain Thailand terhadap keputusan pengadil dari Singapura, Radhi Che Mai.

Insiden itu menyebabkan perlawanan tertangguh lebih 15 minit sebelum keputusan dimuktamadkan, sekali gus mencetuskan suasana tegang di gelanggang serta perhatian peminat yang membanjiri stadium.

Namun, Rattadech tetap mengambil pendekatan profesional dengan tidak menyalahkan mana-mana pihak Malaysia dan menegaskan semangat kesukanan perlu diutamakan walaupun keputusan sukar diterima.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Piala Dunia Sepak Takraw: Thailand Tarik Diri, Ahmad Jais Akui Tak Puas Hati Malaysia Menang Percuma

Menerusi hantaran di Threads, bekas pemain Gajah Perang itu berkata semua pemain hanya mahu diberi peluang untuk menunjukkan kemampuan terbaik di gelanggang.

“Kami menghormati peminat Malaysia dan setiap atlet Malaysia, kerana setiap pemain hanya mahukan peluang untuk melangkah ke gelanggang dan menunjukkan potensi penuh mereka.
“Walaupun beberapa saat sukar untuk diterima, kami tetap menghormati keputusan tersebut dan akan terus maju ke hadapan kerana pada akhirnya, kita semua hanya mahu melihat sepak takraw berkembang bersama,” katanya.

Sumber: Threads top_rbtc

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd