Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Masjid Ajak Kaki Bola Tonton World Cup 2026, Siap Qiamullail Dan Makan Percuma

Siapa sangka musim Piala Dunia 2026 turut dimanfaatkan sebagai medium dakwah apabila sebuah masjid di Subang Jaya tampil dengan pendekatan kreatif untuk menarik kehadiran masyarakat, khususnya golongan belia dan peminat bola sepak.

Ada aktiviti qismullail & solat jemaah

Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, Masjid Al Falah USJ 9 membuka pintunya kepada orang ramai untuk berkumpul menonton perlawanan Piala Dunia secara langsung di skrin besar sambil menghidupkan malam dengan aktiviti qiamullail dan solat berjemaah.

Tonton perlawanan hingga awal pagi

Menurut hebahan yang dikongsikan, program khas itu akan berlangsung sepanjang kejohanan dan bukan sekadar menawarkan tayangan perlawanan, malah turut menggalakkan pengunjung memanfaatkan waktu malam dengan amalan ibadah.

Program berkenaan dijadual bermula awal pagi Jumaat sempena aksi pembukaan antara Mexico dan Afrika Selatan yang berlangsung pada pukul 3 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Aktiviti sama akan diteruskan pada awal pagi Sabtu menerusi perlawanan Kanada menentang Bosnia sebelum disusuli aksi Qatar bertemu Switzerland pada awal pagi Ahad.

Apa yang lebih menarik, pihak masjid turut menyediakan makanan ringan dan minuman secara percuma kepada para pengunjung yang hadir.

Menurut perkongsian tersebut, tayangan perlawanan pilihan akan diadakan sekitar pukul 12 tengah malam hingga 4 pagi sepanjang saingan Piala Dunia 2026 berlangsung.

Inisiatif itu mendapat perhatian ramai kerana dilihat sebagai pendekatan luar kotak dalam mengimarahkan masjid, selain menggalakkan komuniti setempat berkumpul dalam suasana yang positif dan bermanfaat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Thread masjidalfalahusj9

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd