Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Tetak Penunggang Motosikal Direman Empat Hari

Penunggang motosikal yang ditahan selepas dipercayai menetak seorang penunggang lain di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan, pagi semalam direman selama empat hari bagi membantu siasatan, lapor Buletin TV3.

Foto: Media sosial

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, lelaki tempatan berusia 43 tahun itu ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

“Suspek ditahan reman empat hari untuk siasatan lanjut manakala mangsa lelaki tempatan berusia 45 tahun masih menerima rawatan di Hospital Shah Alam dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang penunggang motosikal cedera selepas dipercayai ditetak oleh penunggang lain di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan, Seksyen 13, awal pagi semalam.

Foto: Media sosial

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang leher, lengan dan tangan.

Sarudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 8.19 pagi berhubung kejadian tersebut.

Foto: Media sosial

Menurutnya, siasatan awal mendapati insiden berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika mangsa berusia 45 tahun dalam perjalanan ke tempat kerja di Kuala Lumpur.

“Ketika melalui laluan berkenaan, mangsa membunyikan hon kepada seorang penunggang motosikal lain kerana dipercayai menghalang laluannya.
“Bagaimanapun, tindakan itu menyebabkan suspek tidak berpuas hati sebelum memberhentikan motosikal di tepi jalan dan bertindak menetak mangsa menggunakan sebilah pisau pemotong daging,” ujarnya.

Sumber: Buletin TV3 (Norzamira Che Noh)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar...

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa seseorang pemimpin yang berbohong kepada rakyat bukan sahaja melakukan dosa, malah dianggap mengkhianati kepentingan negara. Pertahan pencapaian pentadbiran...

Nasional

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua parti dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya menghentikan segala bentuk aktiviti berkempen sebaik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd