Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Jakarta Panas! Rakyat Malaysia Dinasihat Elak Kawasan Demonstrasi

Rakyat Malaysia yang berada di ibu negara Indonesia itu dinasihatkan supaya mengelakkan kawasan tumpuan demonstrasi yang sedang berlangsung di beberapa lokasi utama hari ini, bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan serta gangguan terhadap pergerakan harian.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memaklumkan pihaknya sedang memantau rapat perkembangan semasa berhubung demonstrasi yang diadakan di kawasan Bundaran HI dan Patung Arjuna Wiwaha (Patung Kuda) pada 12 Jun.

Menurut kenyataan itu, perhimpunan berkenaan dijangka memberi kesan besar kepada aliran trafik di beberapa laluan utama sekitar Jakarta Pusat, termasuk Jalan MH Thamrin, Jalan Jenderal Sudirman dan Jalan Medan Merdeka Barat.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang berada di Jakarta atas urusan perniagaan, pelancongan mahupun tujuan lain diminta supaya merancang pergerakan lebih awal serta sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui saluran rasmi pihak berkuasa tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kedutaan Besar Malaysia menasihatkan warganegara Malaysia yang berkunjung untuk urusan perniagaan, pelancongan dan sebagainya supaya merancang pergerakan dan mengikuti perkembangan semasa melalui pengumuman pihak berkuasa di media tempatan,” katanya.

Dalam masa sama, Kedutaan turut menegaskan agar rakyat Malaysia mengelakkan diri daripada terlibat atau berada berhampiran lokasi demonstrasi serta sentiasa mengutamakan keselamatan diri sepanjang berada di negara berkenaan.

Orang ramai yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi talian +6281380813036.

Sumber: Threads bellasavirra,

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd