Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tak Mampu Lunas Hutang, Guru Ajak Isteri Dan Anak Bunuh Diri

Seorang guru dilaporkan telah mengajak isteri dan salah seorang anak kembarnya untuk bunuh diri kerana tidak mampu melunaskan hutang, lapor Tribun News.

Difahamkan, sebelum kejadian, guru lelaki berusia 38 tahun dikenali Wahid telah menyuruh salah seorang daripada anak kembarnya yang berusia 12 tahun untuk tidur di bilik depan.

Tidak lama kemudian, si anak yang disuruh tidur di luar terdengar jeritan bapanya sebelum jiran tetangga turut bergegas ke rumah keluarga berkenaan.

Setibanya mereka di rumah berkenaan, mereka menjumpai isteri Wahab berusia 35 tahun dalam keadaan mulut berbuih. Manakala, seorang lagi anak kembarnya sudah kebiruan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, pada ketika itu Wahid masih lagi bernyawa selepas mengelar pergelangan tanganya bertepatan dengan nadi.

Apa yang lebih meruntunkan hati, guru berkenaan sempat meninggalkan nota buat anak kembar yang seorang lagi agar tidak mengabaikan pelajaran.

“Kakak jaga diri. Papa,mama, adik pergi dulu. Ikut arahan bapa saudara. Belajar yang baik…”tulis nota tersebut.

bunuh diri

Hasil siasatan polis mendapati guru berkenaan yang menetap di Kecamatan Pakis, Kabupaten Malang, mempunyai hutang keliling pinggang yang tak mampu dilunaskan.

Malah, terdapat saksi memaklumkan guru berkenaan berjumpa dengan beberapa pemiutang dengan membuat pengakuan dia tidak mampu melunaskan hutang tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia bahagaimanapun tidak mempunyai hutang dengan pihak bank, kecuali beberapa individu sahaja.

Sehingga kini, berita kematian guru, isteri dan salah seorang anak kembarnya menjadi bualan masyarakat sekitar kerana sikapnya yang disegani ramai.

Sumber: Tribun News

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Hasrat sepasang kekasih yang bakal mendirikan rumah tangga minggu depan tidak kesampaian apabila wanita yang dinanti untuk bergelar isteri maut dalam kemalangan jalan raya...

Sosial

Seorang wanita merayu bantuan orang ramai menerusi platform Threads untuk mengesan bekas suaminya yang didakwa menumbuk mukanya ketika proses penyerahan anak di Bangi, petang...

Lokal

Polis menahan lima lelaki tempatan berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan dua remaja perempuan berusia 15 dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd