Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Selepas Enam Tahun, Jeon So Min Sah Tinggalkan Running Man

Pelakon Jeon So Min sah tinggalkan rancangan hiburan terkenal, Running Man selepas lebih enam tahun menyertai rancangan tersebut.

Menerusi laporan Soompi, perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh agensi So Min iaitu Starship yang mendedahkan aktres tersebut akan menjalankan episod terakhirnya pada 30 Oktober ini.

So Min tinggalkan Running Man

Artikel lain: Tak Sampai Setahun, Kewangan Agensi Dua Bintang Running Man Sedang Bermasalah

“Disebabkan hubungannya dengan rancangan itu tidak pendek, Jeon So Min berfikir dengan serius dan setelah perbincangan yang panjang bersama ahli Running Man, pasukan produksi dan agensi dia memutuskan bahawa dia memerlukan masa untuk berehat supaya dia dapat menunjuk dirinya yang lebih baik,” kata kenyataan itu.

Bukan itu sahaja, pihaknya turut menzahirkan ucapan terima kasih buat orang ramai terutamanya peminat yang sentiasa menyokong Jeon So Min sepanjang terlibat dalam rancangan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami berterima kasih kepada semua yang menangis dan ketawa dengan Jeon So Min dalam Running Man sejak April 2017 selama enam tahun, dan kami meminta kasih sayang dan sokongan hangat anda untuk Jeon So Min maju ke hadapan,” tambahnya.

Sekadar info, sebelum ini pelakon dan pelawak terkenal, Lee Kwang Soo telah keluar daripada rancangan tersebut sehingga membuatkan ramai peminat sebak.

Sumber: Soompi

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Sosial

Hasrat seorang wanita untuk bergelar isteri hanya tinggal tujuh hari lagi bertukar tragedi pilu apabila beliau bersama adiknya maut dalam kemalangan jalan raya di...

Lokal

Pelarian tidak seharusnya dipersalahkan atas isu kos sara hidup dan keselamatan yang berpunca daripada pelbagai faktor ekonomi, sistemik dan global, kata Ketua Pejabat United...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd