Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

RTM & Unifi TV Penyiar Rasmi Piala Dunia FIFA 2026, Rakyat Nikmati Siaran Inklusif

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV diumumkan sebagai penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia, sekali gus memastikan rakyat dapat menikmati liputan kejohanan bola sepak berprestij itu secara lebih inklusif, sah dan menyeluruh.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata pelantikan kedua-dua penyiar berkenaan membuka akses lebih luas kepada rakyat untuk mengikuti keseluruhan kejohanan menerusi pelbagai platform siaran.

“Kerajaan mengambil pendekatan kerjasama strategik bersama sektor swasta bagi memastikan kualiti penyiaran yang lebih baik selain memperluaskan capaian kepada penonton di seluruh negara,” katanya dalam sidang media mingguan Kementerian Komunikasi di sini, pada Rabu.

Beliau berkata rakyat boleh menonton Piala Dunia 2026 menerusi siaran percuma Free-to-Air (FTA) di MYTV selain platform OTT RTMKlik dan Unifi TV.

“Kesemua 104 perlawanan sepanjang kejohanan itu akan disiarkan secara langsung di Unifi TV, manakala RTM pula akan menyiarkan sebahagian besar perlawanan sama ada secara langsung atau tertunda.
“Program grandstand khas berkaitan Piala Dunia FIFA 2026 akan diterbitkan dari Angkasapuri Kota Media dengan penyampaian utama dalam Bahasa Melayu serta sebahagian kandungan dalam Bahasa Inggeris.
“Perkembangan terkini dan liputan kejohanan itu juga akan dipaparkan menerusi program Selamat Pagi Malaysia sepanjang temasya berlangsung,” katanya.

Artikel lain: Beri Ancaman Kepada Tuan Rumah, Iran Mungkin Digantung Sertai Piala Dunia 2026

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fahmi berkata pendekatan itu memberi lebih banyak pilihan tontonan kepada peminat bola sepak tempatan selain memastikan akses kandungan sukan premium tidak terhad kepada pelanggan platform tertentu sahaja.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata beberapa penaja utama bersama telah dikenal pasti dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Kerajaan membelanjakan sekitar RM24 juta untuk mendapatkan hak penyiaran Piala Dunia 2026 ini,” katanya.

Sumber: FB Fahmi Fadzil

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd