Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Beri Ancaman Kepada Tuan Rumah, Iran Mungkin Digantung Sertai Piala Dunia 2026

Iran berkemungkinan besar digantung daripada menyertai Piala Dunia FIFA 2026 susulan ketegangan yang semakin memuncak antara negara itu dan tuan rumah kejohanan, Amerika Syarikat (AS).

Pasukan kebangsaan Iran, Team Melli, menjadi antara enam pasukan terawal melayakkan diri ke kejohanan yang dijadual berlangsung di AS, Mexico dan Kanada tahun depan.

Namun, perkembangan terkini termasuk serangan udara terhadap kemudahan nuklear Iran telah menimbulkan kebimbangan global mengenai potensi konflik ketenteraan yang lebih besar.

Iran mungkin digantung

Keadaan ini menjadikan peluang Iran untuk beraksi di bumi AS semakin tipis, sekali gus mengancam penampilan keempat berturut-turut mereka di pentas Piala Dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penggantungan daripada kejohanan dilihat sebagai satu kemungkinan yang realistik, memandangkan beberapa negara pernah dikenakan tindakan serupa.

Antara kes terdahulu termasuk Rusia yang digantung tanpa tempoh oleh FIFA susulan pencerobohan ke atas Ukraine, serta larangan terhadap Yugoslavia pada era 1990-an akibat konflik bersenjata di Balkan.

Artikel lain: Harimau Malaya Berjaya Sertai CAFA, Bakal Berdepan Pasukan Layak Ke Piala Dunia

Iran mungkin digantung

Sekalipun Iran dibenarkan bertanding, pasukan itu dijangka tidak dapat membawa penyokong mereka memandangkan sekatan perjalanan yang masih berkuat kuasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Iran merupakan antara lebih 40 negara yang tersenarai dalam larangan kemasukan ke AS, seperti yang ditetapkan sejak pentadbiran Donald Trump pada Mac lalu.

Sebarang pengecualian untuk kemasukan ke AS dijangka hanya diberikan kepada pemain dan kakitangan teknikal sahaja, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.

Sumber: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd