Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

FAM Dedah Rayuan Ditolak FIFA – “Ini Kali Pertama Kami Berdepan Situasi Seperti Ini..”

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menolak rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan yang dikenakan tindakan berhubung kesalahan pemalsuan dokumen.

Bagaimanapun menurut Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi berkata pihaknya akan mendapatkan butiran penuh serta alasan bertulis keputusan tersebut sebelum mengambil langkah seterusnya bagi mengemukakan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration for Sport, CAS).

Rayuan ditolak FIFA

Rayuan ditolak FIFA

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menerima keputusan rayuan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), di mana rayuan kami telah ditolak.
“FAM akan menulis kepada FIFA untuk mendapatkan butiran penuh serta alasan bertulis keputusan tersebut sebelum mengambil langkah seterusnya bagi mengemukakan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration for Sport, CAS).
“Ini merupakan kali pertama FAM berdepan dengan situasi seperti ini, dan pihak peguam serta pengurusan kami amat terkejut dengan keputusan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Artikel lain: Hannah Yeoh Minta Beri Ruang Kepada FAM Selesaikan Proses Rayuan Hukuman FIFA

Rayuan ditolak FIFA

Pun begitu, beliau menegaskan FAM akan terus teguh memperjuangkan hak para pemain dan kepentingan bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, FIFA mengekalkan hukuman ke atas FAM dan tujuh pemain iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui, dan Héctor Alejandro Hevel Serrano.

Difahamkan, FAM didenda CHF 350,000, manakala setiap pemain dikenakan gantung 12 bulan serta denda CHF 2,000 kerana melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berkaitan pemalsuan dokumen.

Keputusan ini dimuktamadkan pada 3 November 2025, dan mereka mempunyai tempoh untuk membawa kes ke CAS jika mahu.

Sumber: Facebook @FAM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd