Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Hannah Yeoh Minta Beri Ruang Kepada FAM Selesaikan Proses Rayuan Hukuman FIFA

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memohon orang ramai tidak mendesak dan memberi ruang buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi menyelesaikan proses rayuan mengenai hukuman dikenakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), sebelum mengambil langkah menubuhkan sebarang suruhanjaya siasatan.

Beri ruang kepada FAM

Beri ruang kepada FAM HANNAH YEOH

Memetik laporan daripada Bernama, Hannah menjelaskan kes masih dalam proses rayuan di peringkat badan induk bola sepak dunia dan untuk menubuhkan suruhanjaya khas ketika ini dianggap masih terlalu awal

“Biar FAM lengkapkan dulu rayuan. Kalau rayuan pun belum selesai, kita dah mula buat siasatan atau tubuhkan suruhanjaya itu ibarat ‘bertindak sebelum masanya’.
“Saya tahu ramai mahu tindakan segera tapi kita kena ikut peringkat demi peringkat. Lengkapkan dulu rayuan, baru kita bincang langkah seterusnya termasuk siasatan atau penambahbaikan,” kata Hannah di Akademi Sepak Takraw Malaysia, semalam.

Sebelum ini, FIFA mengeluarkan penghakiman penuh serta sebab di sebalik tindakan tatatertib yang dijatuhkan terhadap FAM dan tujuh pemain warisan selepas mengesahkan wujud ketidakselarasan dalam dokumen asal dikemukakan semasa proses pendaftaran pemain terbabit.

Dalam laporan rasmi bertajuk Notification of the Grounds of the Decision, Jawatankuasa Tatatertib FIFA memaklumkan tindakan itu dibuat berikutan pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA melibatkan pemalsuan serta pengubahsuaian dokumen rasmi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil siasatan mendapati beberapa dokumen sokongan yang dihantar oleh FAM termasuk sijil kelahiran datuk dan nenek pemain terlibat mengandungi butiran yang tidak sepadan dengan rekod asal dari negara kelahiran sebenar pemain berkenaan.

Berkata mengenai kemungkinan bantuan atau sokongan KBS kepada FAM atau pemain terlibat, Hannah menjelaskan tiada permintaan diterima setakat ini daripada badan induk bola sepak negara itu.

“Setakat ini, tiada bantuan diperlukan daripada KBS kerana FAM mempunyai peguam mereka sendiri dan lebih arif mengenai peraturan FIFA,” jelasnya.

Artikel lain: Isu Buku ‘Becoming Hannah’, Polis Terima 182 Laporan Terhadap Hannah Yeoh

Difahamkan, tujuh pemain yang digantung selama 12 bulan ialah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Lokal

Bangunan seakan ‘flat’ dan perkampungan warga asing di Sungai Tekali yang tular di media sosial serta dikaitkan dengan komuniti Rohingya akan dirobohkan mengikut tindakan...

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Nasional

Kecemerlangan dalam pendidikan bukan sekadar menjadi kebanggaan keluarga, malah mencerminkan komitmen, disiplin dan daya juang tinggi yang diterapkan dalam kalangan anak-anak warga Kementerian Pertahanan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd