Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pukul Dan Tamatkan Riwayat Isteri, Bekas Menteri Dipenjara 24 Tahun

Bekas menteri di Kazakhstan dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun atas kesalahan memukul dan membunuh isterinya pada November tahun lalu.

Memetik laporan The Astana Times, bekas Menteri Ekonomi, Kuandyk Bishimbayev yang telah membunuh isterinya iaitu Saltanat Nukenova di sebuah restoran dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah di ibu negara Astana pada Isnin.

Foto: Eurasianet

Selain tidak mengaku bersalah atas dakwaan tersebut, Bishimbayev juga dikatakan pernah mempunyai rekod kesalahan rasuah pada tahun 2018 dan dipenjara selama 10 tahun sebelum dibebaskan setahun kemudian selepas mendapat pengampunan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, keterangan mangsa, saksi, rakaman audio dan video, pandangan pakar serta sumber kes jenayah lain telah menyumbang kepada sabitan pihak defendan.

Foto: The Kazakhstan SC Press Office

Dalam pada itu, seorang lagi defendan yang terlibat dalam kes pembunuhan Nukenova ini iaitu Bakhytzhan Baizhanov didapati gagal melaporkan jenayah dan menyembunyikannya telah dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun. 

Difahamkan, pada April lalu, negara itu telah mengadakan petisyen secara atas talian sekali gus memperolehi ribuan tandatangan untuk mengetatkan undang-undang melindungi kaum wanita dengan menjatuhkan hukuman ebih berat rentetan kes pembunuhan ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber : The Astana Times

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen....

Sosial

Tindakan sekumpulan pelancong yang dipercayai dari Malaysia mencetuskan kemarahan ramai selepas didakwa menghina penduduk tempatan ketika bercuti di China. Tutup hidung dan menjerit-jerit di...

Sosial

Pasangan suami isteri yang tular selepas dipercayai bertengkar di sebuah restoran makanan segera di Senai tampil menjelaskan keadaan sebenar bagi menepis pelbagai spekulasi yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd